Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Never had

Seperti biasa, aku susah untuk lelapkan mata. Tapi malam ni fikiran aku melayang teringat akan arwah wan. Sambil melayan lagu listen to your heart. Terimbau kembali kali terakhir aku lihat tokwan sebelum pulang ke Ipoh. Siapa sangka itu kali terakhir aku lihat tokwan... Ya, aku lemah sekarang kerana aku terlalu rindu ... terlalu rindu Aku tak sempat balik Aku tak sempat tatap tokwan Aku tak sempat solat jenazah tokwan Segalanya aku tak sempat... Sakit disini bagai ditikam .. Sakit sekali I never know that I will never had a chance to see you for the last time

Persis dirimu sahabat

Bismillah Sambil-sambil layan lagu Aiman Tino - Permata Cinta, aku pun amek mood tulis blog. Lama sangat aihh tak update. Harini kelas Community Empowerment in Health, asalnya 11 am tapi tukar 9 am. Ha tak gelabah kau. Dah laa bangun lambat! Meeting harini discuss tentang field trip dalam kota since luar kota terpaksa dibatalkan sebab beberapa kesulitan. As a conclusion, seperti biasa kena buat presentation. Masa nak lintas jalan, aku ternampak seseorang persis sahabat aku, Amalina Sofea. Aku terdiam sekejap. Pintu hati ni diketuk kuat. Rindu mungkin. Sepanjang perjalanan pulang ke kosan, segala memori dengan dia ligat berputar dalam minda. Tak kira dimana, pasti akan aku terjumpa seseorang yang mirip wajah yang aku rindu. Kusangka semakin jauh kupergi, sedikit sebanyak dapat untuk balut luka hati... Tapi aku lupa bahawasanya Allah adalah sebaik-baik perancang. Sungguh aku rindu. Jika dia sedang membaca entry ini, aku hanya meluahkan melalui tulisan. Aku tak pernah lupa...