Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Kisah silam masing-masing dimana mereka menjadikan kisah silam mereka sebagai garis panduan pada masa hadapan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Begitu juga aku. Aku mula membina kembali keyakinan diri aku yang telah roboh dek kekecewaan yang berpanjangan dengan keputusan PMR pada tahun 2009. Aku mula merasai aku semakin jauh dengan kawan-kawan yang sudah aku anggap seperti keluarga. Seolah-olah duniaku kelam waktu itu. Aku semakin jauh dengan pencipta-Ku, aku terus hanyut dengan kekecewaan aku, aku lemas dengan keadaan diriku waktu itu. Tahun 2010 dan 2011 merupakan tahun yang mencabar bagiku kerana aku perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, kawan baru, guru baru dan subjek baru. Banyak kenangan pahit dan manis untuk aku kenang dua tahun lepas. Pepatah mengatakan, kehidupan mesti diteruskan. Jadi, dengan penuh keberanian aku telah memecahkan tembok ego aku untuk memulakan hidup baru. Dengan penuh rasa bersalah, aku memoh...
berlayar di dunia mencari bekalan untuk akhirat