Skip to main content

Bermula Dari Bawah


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Kisah silam masing-masing dimana mereka menjadikan kisah silam mereka sebagai garis panduan pada masa hadapan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Begitu juga aku. Aku mula membina kembali keyakinan diri aku yang telah roboh dek kekecewaan yang berpanjangan dengan keputusan PMR pada tahun 2009. Aku mula merasai aku semakin jauh dengan kawan-kawan yang sudah aku anggap seperti keluarga. Seolah-olah duniaku kelam waktu itu. Aku semakin jauh dengan pencipta-Ku, aku terus hanyut dengan kekecewaan aku, aku lemas dengan keadaan diriku waktu itu. Tahun 2010 dan 2011 merupakan tahun yang mencabar bagiku kerana aku perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, kawan baru, guru baru dan subjek baru. Banyak kenangan pahit dan manis untuk aku kenang dua tahun lepas. Pepatah mengatakan, kehidupan mesti diteruskan. Jadi, dengan penuh keberanian aku telah memecahkan tembok ego aku untuk memulakan hidup baru. Dengan penuh rasa bersalah, aku memohon ampun kepada Ilahi agar segala kekhilafan aku diampunkan. Amin.

Jadi bermulalah hidup baru entah kali yang ke berapa. Tapi kali ini aku memang mengharapkan diri aku akan terus ke hadapan tanpa memandang memori-memori yang boleh membuat aku sakit apabila mengenangkannya. Istighfar panjang aku. Sesungguhnya hidup ini betul-betul indah apabila kita hayati dan bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah beri pada hamba-Nya. Selesai solat maghrib, aku menjadi buntu. Apa yang perlu aku lakukan. Termenung. Jauh aku termenung sehingga aku disapa, ‘Wan, ambil al-quran, baca. Bagi hati tu tenang’, lembut bicara ibu ketika melihat anaknya lemah semangat. Aku hanya menuruti.

Luah hatiku pada diari yang telah lama aku simpan dalam drawer, ‘Bukan senang untuk kembalikan semangat yang telah hilang. Tapi aku tidak akan pernah mengalah. Aku mahu ibu dan abah bangga mempunyai anak seperti aku’.

‘Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku ingin menjadi anak yang solehah, aku perlu berubah. Ya Rab, pinjamkanlah sedikit kekuatan-Mu kepadaku yang lemah ini. Kuatkan semangatku yang telah pudar. Lindungi aku dari putus asa. Amin Ya Rab’.

Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...