Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Semester Baru

Alhamdulillah tamat sudah semester satu kami di UniKL RCMP. Tak lah sampai enam bulan pun kami berkenalan, tapi ukhuwah yang terjalin umpama seperti sudah setahun lebih kami mengenali antara satu sama lain. Syukur pada-Mu ya Rabb. Malam isnin begitu menenangkan fikiran yang berserabut. Kulihat jam handphone sudah menunjukkan pukul 12.23 pagi. Kak Ika Kedah naik ke bilik kami untuk melayari Mudah.com katanya, hendak mencari HTC yang telah dijual oleh tunangnya iaitu Abang Wan. Hmmm, so sweet ada tunang macam Abang Wan sebab sanggup menjual HTC demi mengumpul wang untuk membelikan I-Pad untuk dihadiahkan kepada Kak Ika Kedah. Selesai membuat nota Basic Pharmacology, aku melihat Liya memasang mp3 ke laptopnya. ‘Liya, kau ada lagu bollywood tak ? Pasang sat’. ‘Eh, ada! Kau nak lagu apa, cakap je, semua aku ada!’ Detik dalam hatiku, awesome lah kau Liya! ‘Ni lagu Koi Mil Gaya… mainkan jap’, pintaku. ‘Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!’ ‘Uit, hang padia? Terkejut aku. Tetiba menjerit!’ sergah Liy...