Skip to main content

Semester Baru



Alhamdulillah tamat sudah semester satu kami di UniKL RCMP. Tak lah sampai enam bulan pun kami berkenalan, tapi ukhuwah yang terjalin umpama seperti sudah setahun lebih kami mengenali antara satu sama lain. Syukur pada-Mu ya Rabb.
Malam isnin begitu menenangkan fikiran yang berserabut. Kulihat jam handphone sudah menunjukkan pukul 12.23 pagi. Kak Ika Kedah naik ke bilik kami untuk melayari Mudah.com katanya, hendak mencari HTC yang telah dijual oleh tunangnya iaitu Abang Wan. Hmmm, so sweet ada tunang macam Abang Wan sebab sanggup menjual HTC demi mengumpul wang untuk membelikan I-Pad untuk dihadiahkan kepada Kak Ika Kedah. Selesai membuat nota Basic Pharmacology, aku melihat Liya memasang mp3 ke laptopnya. ‘Liya, kau ada lagu bollywood tak ? Pasang sat’. ‘Eh, ada! Kau nak lagu apa, cakap je, semua aku ada!’ Detik dalam hatiku, awesome lah kau Liya! ‘Ni lagu Koi Mil Gaya… mainkan jap’, pintaku.
‘Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!’ ‘Uit, hang padia? Terkejut aku. Tetiba menjerit!’ sergah Liya. Tawaku berderai. ‘Weyh, nak bluetooth lagu ni. Nak buat ringtone!’, senyumku keseorangan. ‘Nanti Nanda terkejut pulak!’ ‘Ah tak pe, boleh la aku menari-nari dengan dia nanti. Hahaha!’
‘Haih, ni yang rasa nak update status kat fb ni’ ujarku diikuti Liya sekali. ‘Hmm Liya, yang kau dok bertekak dengan Fiq kat fb tu kenapa? Aku tak tahu dah nak komen apa’. ‘Dialah yang mulakan dulu. Dulu yok-yok kata jangan ganggu dia lagi lah, itulah, inilah… sekarang bila aku dah tak ganggu dia, dia sibuk kata aku ni merenggangkan ukhuwah dengan dialah, lepas tu dok nilai iman orang tu lemah ke kuat ke…..’, panjang lebar Liya menerangkan padaku. Aku hanya mampu menjadi teman mendengar yang setia waktu ni. Terkedu lidah untuk berkata-kata. Hanya mampu angguk dan senyum je. Aku memang tunggul dalam bab-bab hati antara lelaki dan wanita. Mungkin ini dugaan untukmu Liya, sabarlah dengan bijak agar kehidupan diredhai Allah. In sha Allah.
Aku saja menjarakkan diri daripada Sham kerana tidak mahu persahabatan kami dikacau oleh perasaan cinta. Aku sudah mengunci hatiku ini dengan rantai yg dah berkarat, hanya akan terbuka setelah aku menjumpai siapakah dia bakal imamku nanti, yang boleh membimbingku ke jalan yang Allah redha. Syurga Jannah menjadi pilihan hati setiap mujahid dan mujahidah. Berpuluh-puluh mesej yang dihantar Sham, aku membiarkannya tanpa balasan, kadang tu aku terus mendelete, kadang tu aku membalas jua apabila kurasa mesej itu penting. Aku tidak kisah dilabel kedekut kredit, janji hatiku senang dan hidupku bahagia. Alhamdulillah.







Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...