Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Study Week for Final Exam Sem 2 !!!

Alhamdulillah dah nak habis pun sem 2 kami. Banyak ujian yang aku tempuh dalam usaha nak mematangkan fikiran dan gaya kehidupan aku. Tiket ETS dah pun dibeli dengan Emelin. Selesai satu perkara. ------------------------------------------------------------------------- Dalam tren, Emelin dihujani berjuta soalan daripada aku. Almaklumlah, first time balik Klang naik tren. Selalunya aku naik bas :) 'Emelin, lepas ni kita stop kat elephant rock', ujarku dengan nada gurauan. 'Apa? Elephant Rock?? Apa tu?' 'Hmm, Batu Gajah', dengan muka tak bersalah... gelak kami terburai juga akhirnya. 'Ok', Emelin hanya mengiyakan gurauan aku sambil berpaling ke tingkap untuk menahan gelak. 10 minit kemudian... 'Wan, kita nak berhenti kat Sungai Kurus ni', Emelin yang sedia maklum aku ni mudah percaya kata orang, dengan mudah mengenakan aku kembali. 'Oh, eh, ada ke Sungai Kurus? Wah, first time kot aku dengar ada nama tempat Sungai Kurus. Ma...

Bad News Good News

Sedang asyik aku membuat assignment last minute basic pharmacology, Liya mencelah.   'Esok, kau nak pergi kelas pukul berapa?' 'Ha? Ohh. Hmm, In Sha Allah sebelum pukul 9 pagi. Kenapa?' 'Saja tanya. Aku suruh Fiq pergi extra kelas DDS1' 'Oh, in sha Allah, kemungkinan besar aku masuk juga kelas tu kot'   Keesokan paginya, dengan penuh berwibawa aku bangun untuk menyiapkan report aktiviti di Berembun, baru-baru ni. Tapi tak kuduga, pendrive kesayangan aku telah dicerobohi oleh pakcik dan makcik virus... -> TROJAN ... menyerang pendrive aku. Bukan setakat satu, tapi tiga !!! Semua folder hilang. Tension !!! Selesai membersihkan diri, Liya dan aku menyiapkan diri masing-masing. Dengan lafaz bismillah, kami menghidupkan enjin motor EX5 dan Kriss. Vroomm, vroomm !!! Perjalanan ke kolej bermula. Fikiran aku yang berserabut dek pendrive dilupakan seketika kerana mahu fokus ketika menunggang motor. Haish, kang hilang fokus, aku ke mana, motor...