Skip to main content

Bad News Good News

Sedang asyik aku membuat assignment last minute basic pharmacology, Liya mencelah.
 
'Esok, kau nak pergi kelas pukul berapa?'
'Ha? Ohh. Hmm, In Sha Allah sebelum pukul 9 pagi. Kenapa?'
'Saja tanya. Aku suruh Fiq pergi extra kelas DDS1'
'Oh, in sha Allah, kemungkinan besar aku masuk juga kelas tu kot'
 
Keesokan paginya, dengan penuh berwibawa aku bangun untuk menyiapkan report aktiviti di Berembun, baru-baru ni. Tapi tak kuduga, pendrive kesayangan aku telah dicerobohi oleh pakcik dan makcik virus... -> TROJAN ... menyerang pendrive aku. Bukan setakat satu, tapi tiga !!!
Semua folder hilang. Tension !!!
Selesai membersihkan diri, Liya dan aku menyiapkan diri masing-masing. Dengan lafaz bismillah, kami menghidupkan enjin motor EX5 dan Kriss. Vroomm, vroomm !!! Perjalanan ke kolej bermula. Fikiran aku yang berserabut dek pendrive dilupakan seketika kerana mahu fokus ketika menunggang motor. Haish, kang hilang fokus, aku ke mana, motor ke mana, pendrive ke mana...
Lebih kurang 5 hingga 10 minit kami sampai ke kolej. Bab double stand motor memang aku fail kalau buat sorang-sorang. Sebab tu sampai la ni, tak ada lesen motor. :D
Dengan bantuan Liya, aku men'double stand' kan moto EX5 kepunyaan Sham.
Liya memulakan dialog sewaktu kami sedang duduk menunggu kedatangan anak raja iaitu Sham dan Fiq.

 'Nak makan kat mana?'
'Ha, nak makan mana?'
'Eh, kau ni. Aku tanya, kau tanya balik'
'Bukanlah, actually aku memang nak tanya kau, cuma lewat sikit. Aku baru nak tanya, kau dah tanya'
'Haha, so, aku tanya dulu, kau kena jawab'
'Ok...Hmm.. Kita makan kat Restoran Nur Ayu lah'
 
 


 Di Restoran Nur Ayu....
 
'Abang, nak order.' Reaksi Liya sambil mengangkat tangan tapi abang waiter tak perasan Liya sedang memanggil. Aku pun mencuba nasib.
Dengan perut sedang lunak melagukan lagu keroncong, aku mengangkat tangan sewaktu abang waiter tu lalu sebelah aku.
 
 
'Erm, Abang, nak order'
'Oh ok. Jap ya'
'Ok'
 
Aku tersenyum pada Liya.
 
'Ok, nak minum apa?'
'Bagi Teh ais dua'
'Makan?'
'Roti telur satu', Liya mula memesan makanan. Kemudian Liya berpaling ke arah aku sambil bertanya, 'Kau nak makan apa?'
'Ok bang, tu je. Saya makan nasi lemak'
'Ok', Abang waiter tu pun berlalu pergi.
'Liya, kau dah bagi tahu Fiq dengan Sham ke yang kita makan kat sini?'
'Dah, aku mesej Fiq'
'Ok, aku mesej Sham tadi tapi dia tak balas sampai sekarang'
 
 
Selesai makan, mahkluk asing dua orang tu masih tidak kelihatan... Tengah khusyuk bersembang dengan Liya, aku ternampak papa datang ke Restoran Nur Ayu. Papa jalan sorang-sorang. Aku pun ajak papa duduk sekali dengan kami, bolehlah bersembang dengan papa. Lama juga kami tak sembang dengan papa kami sorang ni.
Papa kata, 'tak apa lah, kejap lagi Tengku datang.'
Aku pun jawablah, 'Ok pa.'
 
5 minit berlalu, 10 minit berlalu... Choi ! Penat menunggu sampai roti telur yang dipesan Liya daripada panas terus hilang habanya.
 
'Liya, kenapa tak makan roti tu?', aku mengajukan soalan kerana pelik melihat roti telur tu dibiarkan sejuk begitu saja.
'Aku dah kenyang la'
'Ha? Apa?! Kenyang? Eh, baru makan 5 keping lempung takkan dah kenyang? Perh, hebatlah perut kau', sambil tersenyum aku menjawab statement Liya.
'Hmm tak apa, nanti Fiq dengan Sham sampai, aku bagi kat Fiq roti ni.'
 
Perbualan kami habis begitu sahaja. 5 minit kemudian aku nampak sebuah motor EX5 kepunyaan Sham lalu di hadapan Restoran Nur Ayu.
Terdetik dalam hati, 'hmm, sampai juga diorang ni!'
 
 
---------------------akan bersambung----------------------
 
'

Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...