Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

How I wish Life had rewind button

Sukar diluahkan perasaan ini bila fikiran melayang kembali pada 4 tahun lepas. Tahun dimana aku kehilangan wan buat selamanya di dunia ini. Tahun dimana buat pertama kalinya aku rasa sendiri apa itu rasanya kehilangan. Dugaan datang seperti tidak mengizinkan aku untuk menatap wajah wan...sekurangnya buat kali terakhir. 4 tahun lepas...aku bergantung pada orang kerana aku tidak punya kemudahan transport untuk kemana-mana. Aku bersyukur kerana dapat sahabat yang rela dan sanggup tumpangkan aku sepanjang 3 tahun belajar Diploma. Tapi malam itu, terlalu risiko untuk kami berdua menunggang motosikal untuk ke Amanjaya. Tiket bas pun entah ada entah tidak. Aku tetap dengan decision aku untuk pulang. Kak Puteri ialah orang yang sanggup membantu aku waktu itu, ditemani Nani. Aku pulang hari esoknya, beli tiket train paling awal. Puas berdoa dalam hati agar sempat pulang. Agar sempat aku memandikan jenazah wan atau paling tidak pun, agar aku bisa membawa ...