Skip to main content

How I wish Life had rewind button

Sukar diluahkan perasaan ini bila fikiran melayang kembali pada 4 tahun lepas.
Tahun dimana aku kehilangan wan buat selamanya di dunia ini.
Tahun dimana buat pertama kalinya aku rasa sendiri apa itu rasanya kehilangan.
Dugaan datang seperti tidak mengizinkan aku untuk menatap wajah wan...sekurangnya buat kali terakhir.

4 tahun lepas...aku bergantung pada orang kerana aku tidak punya kemudahan transport untuk kemana-mana. Aku bersyukur kerana dapat sahabat yang rela dan sanggup tumpangkan aku sepanjang 3 tahun belajar Diploma.
Tapi malam itu, terlalu risiko untuk kami berdua menunggang motosikal untuk ke Amanjaya. Tiket bas pun entah ada entah tidak.
Aku tetap dengan decision aku untuk pulang. Kak Puteri ialah orang yang sanggup membantu aku waktu itu, ditemani Nani. Aku pulang hari esoknya, beli tiket train paling awal. Puas berdoa dalam hati agar sempat pulang. Agar sempat aku memandikan jenazah wan atau paling tidak pun, agar aku bisa membawa wan ke tanah perkuburan.

Ya, sebab itulah aku faham bagaimana rasanya orang yang tiada transport dan perlu meminta tolong pada orang lain...

Pulang ke kampung dengan train gold ticket...dipertengahan jalan, train sangkut. Aku puas berharap aku sempat sampai sebelum wan dikebumikan...
Dugaan seterusnya seusai sampai di KTM Klang, aku mahu menaiki teksi tapi sayangnya menerima panggilan telefon membawa khabar, aku tidak sempat sebab jenazah sudah berada di tanah perkuburan... di saat itu, aku gagap, aku lemah untuk berdiri, aku terduduk menangis...

Wan...
Wan.....

Itu sahaja yang berlegar dalam kepala. Perlahan-lahan kaki ini menuju ke surau...itu saja tempat yang dibawa oleh kaki ini.

Kali terakhir aku jumpa wan adalah sebelum aku pulang ke Ipoh. Itupun sekadar jenguk kerana wan sedang lena tidur dan tidak sihat...aku hanya tatap sahaja. Patutlah rasa berat kaki ini...

Yes.
I wish life had a rewind button... bukan untuk tidak redha atas apa yang terjadi... sudah 4 tahun berlalu. Cuma hati ini, diri ini terlalu rindu untuk menatap, untuk peluk tubuh itu sekali lagi, untuk bersembang bersama wan.

Dan sekali lagi, malam ini I lost in emotion. Cannot control it. Tidak tertahan rindu ini.
Sakit. Kerana aku sangka aku sudah move on daripada kesedihan ini. Tapi tak. Aku mungkin boleh tipu orang dengan senyum. Tapi malam ini aku gagal untuk tersenyum. Senyuman diganti dengan tangisan.

Yang hidup pasti mati, itu janjiNya

Moga Allah tutup aib kita di mahsyar nanti.
Moga aku bisa bertemu ahli keluarga aku di syurga Allah.
Aamiin.

Comments

Popular posts from this blog

Hiking at Bukit Sapu Tangan, Taman Botani Shah Alam

Aku seorang yang suka buat keputusan mengejut like tiba-tiba whatsapp member, 'wey jom esok gi Penang'  Hahahaha So, kali ni, tangan ni tiba-tiba whatsapp member, 'weekend free tak? hiking jom' LOL Kisahnya kami berlima pun pergi Taman Botani Shah Alam, nak hiking manja-manja kat Bukit Sapu Tangan. Okay at the peak of Bukit Sapu Tangan ni kita boleh menikmati view Shah Alam. Boleh nampak masjid Shah Alam, MSU pun nampak...eh eh tetiba MSU ^^ , stadium pun boleh nampak... awak je saya tak nampak. AHAHAHA pick up line sikek! Tapi nak pesan ni, ada kayu yang dah reput, jadinya everyhting is on your own risk tau if you decide nak panjat menara view tu. Plus, pihak Taman Botani Shah Alam memang dah letak sign kat situ... risiko sendiri ^^ Okay sekarang kita mula dari beginning...ni tetiba up gambar kat puncak dah. HAHAHA  Kami start pukul 9.30-9.40 am. Hiking manja-manja so tak set time pun hence ni first time hiking Bukit Sapu Tangan. Kami bertiga ger...

Food Festival at Tapak Bazarena, Seksyen 13 Shah Alam

Bismillah Assalamualaikum. whooopppsss! Panas sungguh sekarang ni. Suhu luar biasa. So, jangan banyak sangat aktiviti luar ye semua, nanti tak pasal-pasal admit ke hospital. Sapa susah, awak jugakkk :p So nak dijadikan cerita, Dania bagi tahu yang weekend ni ada FOOD FESTIVAL  kat area stadium. Me as usual, metabolism tinggi.. hehehe dengar je bab makan, laju je So, we make an appointment where we will go together to the food festival around 10 am. Since our schedule padat giler nak mam...sabtu ahad laa satu-satunya peluang kami nak tido waktu pagi. hahaha So, terlajak tidur sampai 9.30 am... bangun-bangun terus siap *i dah mandi subuh tadi okeyhhh* So kami sampai kat festival tu around 11 am jugak laa.. Mungkin sebab hari first, and maybe 'awal' lagi kot kami sampai.. tak semua kedai buka and ready lagi. So kami jalan-jalan, pusing-pusing tengok apa yang menarik. Panas jangan cakap la kan... Malaysia kot bukannya Kutub Utara! hehehe :) First thing that we buy is MANG...

Misi: MENCARI SURAU DALAM QB, P.PINANG

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, Jom lah layan video kami ni haa. Jadi tak pantun dua kerat aku ? Kisahnya bermula bila kami ni tak solat zohor lagi... Pusing la QB tu, naik turun tangga bergerak tu nak cari tingkat 5 ... kerana apa? Sebab suraunya terletak di tingkat 5 ya! Choi... Fening fening tuihh