Skip to main content
Selesai makan di Ekonomi, Emelin dan aku bergegas ke motor. Allah! Motor diblock dengan motor lagenda hitam dan juga myvi putih. Guane ni??? Kami pun tunggulah dalam 5 minit *sebenarnya tak sampai pun 5 minit* ... Seorang ayah dan anak kecilnya menuju ke kereta myvi tersebut. Ok, bereh satu masalah :)
Dengan lafaz basmallah, Emelin masuk gear satu dan terus pecut ke arah traffic light sana! Ok, cilok sana cilok sini... lampu yang dari tadi merah bertukar hijau ... Gear 1 menjadi gear 2 hinggalah gear 3 :D
Alhamdulillah sampai ke UO. Bakpe kat UO ?
Hmm, nak cari lipbalm, minyak masak dan buku kosong. 
Enjin dimatikan. Seat motor cuba dibuka untuk sangkut helmet kami, TAPI~~ Kepelikan disitu pabila seat tu tak nak terbuka... Puas juga lah kami pusing kunci tu... haihh, awat ni??
Aku pun memulakan dialog,
'Emelin, macam mana ni?'
'Entahlah wey... Hmm, dia stuck, tak nak buka'
'Adoi... tak pe lah, lepas beli barang kita singgah kedai motor. Helmet kita bawa masuk.'
Emelin pun akur dan kami pun memulakan langkah ke pintu masuk Mall!
'Eh, tunggu jap ya, aku nak cari lipbalm.'
'Ok...'
5 minit berlalu.....

'Adoi, payah nya lah aku nak pilih lipbalm. Sorry Emelin, kau tunggu lama pulak'
Emelin hanya menguntum senyuman lalu membalas, 
'Ok, jom'
Aku pun patuh je :)

Satu UO tu kami pusing, hmm, tingkat bawah saja lah, tingkat atas tak da masa! =D
Jam di tangan dah menunjukkan pukul 5.45 petang... Asar belum lagi ni! Haishh!
-------------------------------------------------------------------------------------

Di kedai motor... phone aku berdering. Terpampang nama Liya.
'Ya Liya, kenapa?'
'Korang ada mana?'
'Kami kat kedai motor ni'
'Kedai motor? Kenapa?', nada risau terpacul daripada Liya.
'Hmm, seat motor hang tak leh buka. Tadi kami nak sangkut helmet kat motor, tapi seat tu stuck.'
'So, korang kat kedai motor fairpark tu ke?'
'Ha.. a'ah.. kat kedai motor fairpark'
'Ok ok'

1 minit tunggu... 2 minit tunggu... 3 minit tunggu... 4 minit tunggu... 5 minit tunggu... Barulah uncle tu tanya,
'Kenapa dengan motor?'
'Tempat duduk dia stuck. Tak boleh buka', Emelin jawab.
'Oh, kejap ya'
Aku lihat hari ni uncle memang busy, banyak beno motor kat bengkel dia hari ni.
Seketika kemudian, Liya sampai bersama Ika.
'Awat motor?'
'Stuck la weyh'
'Meh kunci'
Prap.. bunyi seat tu terbuka luas.... Liya dengan pantas tersedak air yang sedang diminumnya tadi.
Aku, Emelin dan Ika pun kebuntuan tapi kami gelak besar!
Ayoyo! Bagaimanakah Liya buat??????

Malu sangat tadi... dah la ramai orang... hehehe

<3

Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...