Skip to main content

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan?

Kisahnya bermula begini.

Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat kan? Iman keluar kembali daripada kereta lalu menuju ke depan pintu rumah maklongnya. ‘Maklong, nak ajak Syafina temanlah’ sambil tangannya melambai-lambai ke arah Syafina. Syafina pula senyum-senyum kambing kerana dapat keluar berjalan sebentar. Fuhh. Lega. Ada jugak teman.
Krik krik krik. Okay, bunyi cengkerik dalam hati masing-masing kerana radio kereta tidak berfungsi. Hanya kedengaran bunyi aircond dan suara sumbang Iman. ‘la la la la emmmm laaaa laaa’. Syafina pula setia duduk tegak dan fokus. Mereka jadi awkward. Maklumlah bukannya rapat sangat. Jumpa pun kadang sebulan sekali. Nasiblah Iman.

‘Syafina, rumah kat mana ek?’, Iman berusaha untuk memecahkan kesunyian yang sudah mencapai level 12.

‘erm, rumah Syafina jauh sana tu’

‘kat mana? Kat taman depan tu ye?’

 ‘tak. Erm, jauhhh’

‘ohh kat mana ye?’

Syafina memberikan senyumannya yang manis sebelum menerangkan kepada Iman lokasi rumahnya.
‘nantikan ada taman belah kanan, masuk situ terussss…’, panjang sebutan terusnya menggambarkan jalan itu panjang. Tergelak Iman sambil mengimaginasikan penerangan Syafina.

‘Oh ha terus, rumah Syafina kat taman tu ke?’

‘tak, jauh lagi. Lepas terus tu ada lorong kecik masuk situ, terus lagi. Nanti jumpa bonggol masuk lorong situ terus lagi. Haa dekat situ rumah Syafina’

Iman seperti hilang arah kerana untuk pertama kalinya dia merasakan dia gagal peta Kampung Sinun. Mana tidaknya dia membesar disitu sudah lebih 20 tahun. Katakan saja kemana, dimana, dia tahu selok belok Kampung Sinun. Tapi harini dia tewas kerana penerangan budak kecik Syafina itu terlalu menarik. Dia tergelak keseorangan.

‘Oh tahu tahu. Jauh jugak rumah Syafina ek’

Syafina membalas dengan senyuman dan mereka berdua kembali diam sehinggalah sampai ke kedai runcit Abam. Cuaca pada hari itu agak terik. Terasa bahangnya sehingga ke lapisan paling dalam daging.

‘Syafina nak ikut akak ke nak duk dalam kereta je?’

‘Nak ikutlah’

Sungguh manis senyuman budak Syafina ni. Ada la gaya-gaya pelakon cilik yang sedang hot sekarang ni, Puteri Balqish. Mata Iman melilau seperti sedang scan satu kedai Abam. Dia mencari mana dia cili besar, cili padi dan telur.

‘Abam oooo Abam! Cili besar tak de ke?’

‘Aihh anak dara sorang ni. Tu dalam peti Abam letak’

‘Lols. Okay. Ni seringgit banyak mana?’

‘Kamu ambil dulu baru timbang’

Lah pulak, nanti terlebih seringgit kena letak balik. Rungut Iman dalam hati. Memang lumrah dua insan ni asal bertemu ada saja yang nak dijadikan isu negara. Selesai mengambil ketiga-tiga barang untuk dibayar, Iman mencari Syafina. Terlihat budak kecik tu masih lagi mencari-cari barang yang ingin dibeli. Tercuit rasa di hati Iman kerana melihat kesungguhan Syafina. Bagusnya budak ni.

‘Syafina nak gula-gula?’

‘Hee taknak’

‘Nak ambik je, akak bayarkan. Ke nak ice cream?’

Syafina hanya menggeleng kepala.
30 minit berlalu.

‘Assalamualaikum. Maklong sorry lambat. Maklumlah baru nak kenal bentuk cili’, gurau Iman.
Atok dan toklang tergelak.




Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...