Skip to main content

First time went to Fun Fair

Berchit-chat dengan faiz semalam. *almaklumlah, lama dah tak sembang dengan dia... ><
Tiba-tiba, Faiz ajak keluar pergi fun fair... dia kata dia nak belanja NEA !!!
well, aku pun terus setuju tapi dengan syarat Faiz kena datang rumah kami and ambil kami dengan kereta dia :)
okay lah... dengan penuh kesabaran, aku dengan sahabatku Liya and Emelin siap sharp 9.30 malam. Tik tok tik tok... ha, begitulah bunyi jam jarum aku dalam drawer. hahaha!
tunggu punya tunggu... tengok jam 10.30 malam dah... dengan pantas aku menghantar pesanan ringkas kepada Faiz untuk bertanyakan keberadaan dia... 

'Assalamualaikum Faiz. Nanti dah sampai mesej ye...'
'Maaf Wan. Baru nak bertolak dari Taman Cempaka. Lambat sikit sampai. Tunggu lah ye tapi lambat sikit'
'Okay'

15 minit kemudian...

'Assalamualaikum Faiz. Kat mana ? Tahukan rumah Wan mana satu ?'
'Dah sampai... agaknya lah'

Dengan lajunya aku meluru ke arah tingkap dan menjenguk ke luar untuk melihat kereta Faiz. Hmm, kenapa warna merah kereta dia ? *bermonolog dalam hati*
Liya dan Emelin pun turun sejurus aku memberitahu mereka bahawa Faiz sudah sampai... :)

Untuk mendapat kepastian, Aku pun menelefon Faiz...

'Assalamualaikum Faiz'
'Ha waalaikumussalam.. dah sampai ni... kereta warna merah'
'oh warna merah tu ye, okay okay'

Faiz meminta bantuan kami untuk sampai ke destinasi yang dituju kerana dia takut salah jalan, almaklumlah katanya lama tak lalu jalan kat situ...
Sesampai sahaja kami di fun fair, kelibat faris, afiq, dan zul pun kelihatan...
Kami pun berkumpul. Faiz menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk. Dia belanja kami semua. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak :D

Masuk-masuk je ruang permainan tersebut... Kami mencari permainan yang boleh mencabar keimanan seseorang. Astaghfirullah. Kami main Top Gun dan Vortex. Untuk Top Gun, semua kelihatan bersemangat untuk menjalankan misi melambung sana, melambung sini... Aku dan Liya duduk di hadapan sekali... memang awesome! Emelin duduk di belakang kami seorang diri... Manakala Faiz and the geng duduk di tempat masing-masing. Sebelum menaiki permainan tersebut, aku sempat membaca doa', manalah tahu... itu adalah perkara dan kali terakhir aku membaca doa' ... Ingat, ajal tak kira tempat dan waktu :)
Top Gun pun mula bergerak... Okay, SYOK sangat !!!! Sejuk tapak kaki ni ha... yang paling lawaknya... Aku dan Liya hanya mampu melihat kunci rumah milik Liya jatuh dengan begitu slow motion nya...

Liya hanya mampu menjerit, 'Kunci rumah aku!!!'
aku tak mampu gelak tapi hanya mampu menjerit comel-comel gitu ! >.<
Bagi aku, menaiki Top Gun itu biasa-biasa sahaja kerana sebelum ini aku pernah menaiki Kapal Pirates, Hawk dan Roller Coaster bersama family tercinta di Sunway Lagoon.
Okay lah :)

Turun-turun sahaja, 3 orang lelaki iaitu Faris, Afiq, dan Zul sudah surrender -_- Adoi hero-hero ni!
So, hanya tinggal kami berempat, aku, Liya, Emelin dan Faiz. Faiz tak mahu bermain buayan yang laju tu, so kami decide untuk bermain Vortex!
Astaghfirullah... that was the first time and the last time !

pusingan 360 degree hanya bergantung pada penahan badan!

AMARAN : sesiapa yang baru lepas makan, dinasihatkan jangan naik! dan sesiapa yang gayat dan ada penyakit jantung, asthma juga dilarang naik.

Satu insiden yang sesiapa pun tak mahu berlaku apabila phone milik Emelin hilang sewaktu bermain Vortex!
Tapi alhamdulillah jumpa semula :)

Seusai bermain Vortex, keadaan aku tidak mengizinkanku untuk bermain permainan lain. So, Faiz, Liya dan Emelin bersetuju untuk berjalan-jalan sebelum pulang. Kepala aku berdenyut-denyut akibat hentakan yang kuat sebanyak dua kali sewaktu bermain Vortex. Memang pening! Brr... 

Untuk Vortex, bila kita berada dalam keadaan yang tegak... 180 degree, kita boleh melihat pemandangan yang sangat indah. Subhanallah. Wan dan Faiz menikmati pemandangan bulan yang melimpahkan cahaya matahari dengan izin Allah ke seluruh bandar Ipoh. Memang moment yang cantik masa tu :)



Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...