rasa sangat sekejap kita luangkan masa bersama.
kau membesar di negara orang, hanya menunggu khabar daripadamu ... itu yang aku hadapi.
terseksa? in shaa Allah tidak sebab aku mohon pada Allah akan kelapangan dada dan fikiran supaya berhenti bersedih. kerana apa? kerana aku tahu kau ke sana untuk menuntu ilmu, untuk kesenangan akhirat... moga kau sukses di sana.
sekejap rasanya aku luangkan masa ... tup tup kau sudah besar... sungguh sekejap kurasakan.
kau yang dulu sering dibuli kami seberadik... kini tidak lagi :)
sungguh aku rindu saat kita ketawa perkara yang tak masuk akal... kongsi cerita masing masing.
petang yang emosi.
mungkin gambar yang diambil orang tanpa izin tidak dapat kembali padaku, tapi ingatan yang Allah beri tentang kita empat beradik in shaa Allah aku mohon pada Allah jangan dihapuskan daripada memori aku. almklum aku ni seorang pelupa.
dua ramadhan berturut turut kau berpuasa di tempat orang. hope kau rindukan kami di sini.
petang yang emosi.
Comments
Post a Comment