Skip to main content

23 USIAKU. SO???

Bismillah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita semua telah masuk tahun baru, 2017. Tudiaa bukan main meriah depa sambut. Pom pang pom pang sana sini. Aku? Duduk makan burger sambil menatap ceiling rumah sewa Surabaya ni. Tak duduk, baring. Kemain!

Bercanda Bergurau aja. Jangan percaya okay! Aku cuma makan bareng-bareng 'together' dengan housemate. Order kat Gojek. Gojek ni application. Kita malas nak jejak kaki keluar rumah atau malas nak mandi semata-mata nak makan makanan laju (fastfood) atau apa-apa ja laa yang hampa nak, bukak je apps ni. Dia ada Gojek, Gocar haa apa lagi aku pun tak tau lah. Sebab aku tak guna apps ni. Hehehe housemate yang guna. Aku ada apps Grab je. Tu pun hmmm jarang pakai sebab phone aku takleh buat call out ataupun receive call.

Okay enough lah dengan introduction merapu aku ni. Back to the real story. 'Real' lah sangat kan.

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus beribadah dan berebut mencari pahala. Alhamdulillah. So 2017 ni, bertambahlah angka usia aku. Naik satu anak tangga... 23. TUDIAAA!

Cuma nak ceritalah, faktor usia tak menandakan matangnya seseorang. That is my point sebenarnya untuk entry kali ini. >..<

Bagi aku lah kan, seseorang itu akan matang melalui pengalaman hidup dia. Apa yang dia dah lalu sepanjang usia dia. Ramai je yang aku dah jumpa yang lagi muda daripada aku, tapi kematangan dia subhanallah... kagum aku.
Ada certain situation yang kadang aku tak dapat control, tapi bila tengok leadership skill dia, she or he got my respect.

So kita tak boleh nak assume, aku yang dah 23 tahun ni untuk sentiasa matang dalam segala hal. Bro or sis, hidup ini proses pembelajaran tau. Ada yang macam arnab, ada yang macam kura-kura. Contoh macam kura-kura tu aku lah. >..<
Sebagai contoh, aku faham rasa kehilangan itu macam mana bila aku sendiri yang hadap.
Sakit dia ya Allah...tak tertanggung. Tapi jangan lupa siapa yang berkuasa. Allah. Minta perlindungan daripadaNya.

Sama-sama give and take. Tak salah rasanya...

Dan yes, semakin kita kenal orang tu semakin kita nampak kekurangan dia. Saling menegur dengan berhemah. Tak semua boleh terima cara sentap-sentap ni sebab tak semua hati kering macam kau. Whoops! 'kau' disini for those hati kering, i tak tuju pada siapa-siapa. Harap tiada salah faham yea
>..<

As I said before, give and take method.

Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...