Skip to main content

Tiket tak dapat, Masa terbuang

Bismillah.

Alkisahnya semalam aku semangat pergi Stadium Shah Alam nak beli tiket bola final MAS VS THAI, sekali dengan Afina and Farah but kami gerak asing. Sengalnya aku gerak lewat dalam kul 9.30 am, sampai stadium melilau mata cari parking. Last-last park kat Pasar Tani, dekat sikit nak banding aku park kat MSU. Pukul 11am baru aku jumpa ending barisan nak beli tiket. Kau boleh bayang? Mula berjalan nak beratur pukul 10.30am, pukul 11am baru jumpa ending dia! HAHAHA aku dah pusing separuh stadium.
Okay mind think positive je masa tu 'harap dapat tiket', sebab barisan dah bergerak laju. Dari Pasar Tani sampai pintu stadium depan tu. Tf kan? hahaha jiwa bola je faham. Meaning to say yang tengok bola kat stadium je faham feeling tu. Cukup 4 jam beratur, line tak gerak-gerak sebab pagar breached oleh segelintir yang gagal mengawal anxiety mereka. HAHAHAH FRU pulak takde masa tu. So jualan tiket tergendala. NeNoNeNoNeNo bunyi 3 buah gerabak FRU mai stadium. Hmmm dah kul 3.15pm line still tak gerak, aku give up, plus dengar budak-budak lalu lalang kata tiket habis. Memang kecewa dia tahap Gunung Jerai. Eh? 

So settle kisah semalam aku nak share.
Ni lagi satu yang aku nak share, yes, perkara yang aku buat semalam memang membazir masa. Dia membazir masa tak dapat tiket dengan membazir masa dapat tiket tu feeling dia lain beb!
Totally menyesal but hey kita hidup sekali je untuk buat perkara-perkara gila ni. *ayat sedapkan hati*
Semalam juga dapat #nasihatdeep daripada abah.


Seorang bapa, itulah tugas dia. Satu perkara abah tak pernah halang minat anak-anak dia. Macam aku sorang anak perempuan, minat aku lebih pada outdoors. Beli tiket? This is my first and maybe last time pergi stadium tengok bola. Asalkan pandai jaga akhlak dan agama. Next maybe Old Trafford Stadium. Hoi stadium impian tu. 
Dan memang naluri ibu bapa untuk rasa risau pada anak-anak mereka, just like my ibu,



And yes, sejak kejadian semalam, sendu tak habis lagi wey bila tengok member-member pergi stadium. SEDIH! sebab tiga game sebelum ni setia pi stadium, then final tak dapat pergi. Aku tak nak komen apa-apa tentang management jualan tiket, pandai-pandai lah pihak tersebut baiki. Hati kami yang berduka ni? HAHAHA k diam! BYE



Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...