Skip to main content

apa cita-cita awak?

Bismillah. Assalamualaikum.

Wah lama dah tak jenguk blog, bila kira-kira balik, congak dalam kepala adalaaa dalam 2 bulan dah. Bukan sebab takde idea untuk menulis, idea tu alhamdulillah sentiasa mengalir bak air terjun niagra fall tu, tapi jadual tidak mengizinkan. Lagi-lagi dah masuk final year dengan proposalnya, assignmentnya, presentation nya.. PEC nya. eh? hahaha yes, pec is a.................. SUBJECT THAT WE HAVE TO TAKE, ibarat macam kalau tak ambil ni, kau jangan simpan angan-angan nak graduate daripada universiti >..<

Okayla back to the post, harini nak post tentang ambition.
Acapkali kita ditanya, *amboi bahasa*
"kenalkan diri awak, tempat tinggal, hobi dan cita-cita"
dan pada saat itu sel-sel otak pun berhubung antara satu sama lain, duk pikiaq apa aku nak jadi ni...
So, let me share mine here.

Seingat aku, zaman sekolah rendah cita-cita aku nak jadi saintis/cikgu/ustazah. Masuk menengah bawah aku bercita-cita nak jadi researcher. Bila masuk menengah atas, aku masa tu tingkatan 4, aku dah hilang mood belajar sebenarnya. Sebab? kecewa hahahaha
so teacher kimia aku tanya nak jadi apa... 'saya cita-cita nak belajar sampai PhD'
amek kau!

korang pulak macam mana?

jadi bila dah nak masuk 24 tahun ni, ewahh rasa tua dah >..<
aku rasa semua cita-cita yang aku cakap masa kecil-kecil dulu tu ibarat doa yang dimakbulkan. Cita-cita yang aku sebut masa sekolah rendah dengan menengah bawah tu memang ngam sangat dengan bidang aku sekarang.
Jadi benarlah, sebutlah perkara yang baik-baik, mana tahu Allah nak beri...kita terima seadanya dan redha. Allah akan beri cuma kita tak tahu bila dan bagaimana, kan?

so, apa cita-cita awak?



Comments

Popular posts from this blog

Hiking at Bukit Sapu Tangan, Taman Botani Shah Alam

Aku seorang yang suka buat keputusan mengejut like tiba-tiba whatsapp member, 'wey jom esok gi Penang'  Hahahaha So, kali ni, tangan ni tiba-tiba whatsapp member, 'weekend free tak? hiking jom' LOL Kisahnya kami berlima pun pergi Taman Botani Shah Alam, nak hiking manja-manja kat Bukit Sapu Tangan. Okay at the peak of Bukit Sapu Tangan ni kita boleh menikmati view Shah Alam. Boleh nampak masjid Shah Alam, MSU pun nampak...eh eh tetiba MSU ^^ , stadium pun boleh nampak... awak je saya tak nampak. AHAHAHA pick up line sikek! Tapi nak pesan ni, ada kayu yang dah reput, jadinya everyhting is on your own risk tau if you decide nak panjat menara view tu. Plus, pihak Taman Botani Shah Alam memang dah letak sign kat situ... risiko sendiri ^^ Okay sekarang kita mula dari beginning...ni tetiba up gambar kat puncak dah. HAHAHA  Kami start pukul 9.30-9.40 am. Hiking manja-manja so tak set time pun hence ni first time hiking Bukit Sapu Tangan. Kami bertiga ger...

Preparedness is...everything but...

Bismillah. So hari ni nak share my experienced about viva, it is an oral presentation. So my turn was on 13 December and am number 4. So a week before, aku dah start text presentation and practice on my own, set time...everything was okay. Until day before the big day tu, migraine attacked. It was so damn hurt, it feels like I wanna saw my head, take out the brain...nope.. take out the pain inside my head! hahaha keluarkan otak...giler?  It was the most painful migraine attack I ever had. I just recovered today (14 Dec), fully recovered. 12 December 2017 So at that night, aku like mayat hidup, I cannot drive home...this 23 km way back home. Memula rasa nak call parents masa 6.40pm tp 50-50, so I make a stupid decision by not telling them that I was in pain. Habis jumpa sv, I went to the library, duduk dekat sofa depan entrance tu hehehe while waiting for Dania and Gaiya, tertido. The pain still there. 7.20pm I decided to go back, tak boleh taha...
Selesai makan di Ekonomi, Emelin dan aku bergegas ke motor. Allah! Motor diblock dengan motor lagenda hitam dan juga myvi putih. Guane ni??? Kami pun tunggulah dalam 5 minit *sebenarnya tak sampai pun 5 minit* ... Seorang ayah dan anak kecilnya menuju ke kereta myvi tersebut. Ok, bereh satu masalah :) Dengan lafaz basmallah, Emelin masuk gear satu dan terus pecut ke arah traffic light sana! Ok, cilok sana cilok sini... lampu yang dari tadi merah bertukar hijau ... Gear 1 menjadi gear 2 hinggalah gear 3 :D Alhamdulillah sampai ke UO. Bakpe kat UO ? Hmm, nak cari lipbalm, minyak masak dan buku kosong.  Enjin dimatikan. Seat motor cuba dibuka untuk sangkut helmet kami, TAPI~~ Kepelikan disitu pabila seat tu tak nak terbuka... Puas juga lah kami pusing kunci tu... haihh, awat ni?? Aku pun memulakan dialog, 'Emelin, macam mana ni?' 'Entahlah wey... Hmm, dia stuck, tak nak buka' 'Adoi... tak pe lah, lepas beli barang kita singgah kedai motor. Helmet kita ...