Skip to main content

Posts

Kerinduan

seusai solat zohor berjemaah kat masjid negeri perak *alang-alang kelas hari ni pun kat bangunan Maybank *alang-alang kelas habis awal, ana ngajak amal solat sama kat masjid... tapi belum sempat meluahkan hasrat, amal sendiri mendahului persoalan, 'nak gi masjid ke?' *tergelak ana... hahaha mudah bebeno dibacanya fikiran ana. okay selesai solat ana menoleh ler kebelakang, nampak seorang nenek tua tengah solat. zupp! rindu datang menjengah... rindu pada atok kat selangor nun. rindu pada tokwan yang telah kembali kepada yang Esa. rindu pada kechik yang telah pergi juga. sungguh belajarlah bidang farmasi tinggi manapun, takkan dijumpa ubat penawar rindu melainkan luahan seorang hamba pada penciptaNya.

Maahad MATMA

Terisi juga rumah yang kosong itu dengan aktiviti yang sangat bermanfaat. Untuk sementara waktu, rumah itu dijadikan tempat menuntut ilmu. Alhamdulillah. Satu hari ana pergi melawat rumah itu untuk kali kedua sejak tuannya tiada. Kali ini perginya ana ke rumah itu dengan tenang tanpa tangisan :) Sesampai je, adik-adik perempuan kat maahad tu duk tanya; 'budak baru ke?' *blur sekejap* sekali atok ana yang jawab, 'eh tak lah, ni cucu atok' 'ohhhh' adik-adik tu pun datang bersalaman dengan ana.. sekali ustaz pula bertanya 'ni anak mak ke?' (refer mak tu pada atok) atok jwb, 'eh tak lah, cucu' ustaz tanya balik,'oh anak hj zul ke?' ana hanya mengangguk saja :) Indahnya hidup. Memang itu sebenarnya keinginan ana seusai tamat SPM, mahu mengaji di pondok sahaja kerana waktu itu ana hilang punca... Perasaan membuak untuk melarikan diri daripada dunia akademik dan fokus pada bahasa arab dan hafalan. Tapi ini yan...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

ALKISAH NAK DIJADIKAN KISAH =D

nak dijadikan cerita... tengah panas2 almaklumlah baru balik kedai beli ikan... aku pun kehausan. Dengan nada manja dan simpatinya, aku pun cakap kat ibu... "ibu...." "ha, nak apa?" "buatkan air sejuk boleh?" "buatlah sendiri, ibu nak masak" hahahahaha gelak besar aku dibuatnya malas punya anak dara, kata tak sabar nak kahwin... ni buat air sendiri pun malas ... hihii =D

Misi : TELUK BATIK (PART 1)

Okay bertemu kembali kita dalam BELOOOOOOOOOG AIMAN :D Okay, Assalamualaikum belogers sekalian. *hah kau, bahasa sendiri keluar, habis tunggang langgang ejaan Ceritanya begini, kami dah cadang nak pergi Teluk Batik after exam  *last paper -> BASIC PHARMACOLOGY istighfar lah aku panjang-panjang daripada mencarut sebab aku tak boleh buat, ayat nak sedapkan hati jiwa rraga rotan paya bakau... aku tak tahu aku tulis apa. *dah la, benda dah lepas, aku malas nk remember... lagipun kena repeat paper ni sebab aku FAILED! Perjalanan ambil masa 2 jam 30 minit... Fuhh ! Aimie macam anak angkat michael shumacher mandu kereta hitam yang comel tu ^_^ masing-masing tengah bersiap :)

Misi: MENCARI SURAU DALAM QB, P.PINANG

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, Jom lah layan video kami ni haa. Jadi tak pantun dua kerat aku ? Kisahnya bermula bila kami ni tak solat zohor lagi... Pusing la QB tu, naik turun tangga bergerak tu nak cari tingkat 5 ... kerana apa? Sebab suraunya terletak di tingkat 5 ya! Choi... Fening fening tuihh