Skip to main content

Sekadar mimpi atau ???

Bismillah.
Assalamualaikum. Ya Allah, lama dah tak menulis, mengarang kat blog ni. FUHH. Tiup sawang. 

Okay! Ceritanya harini result sem Feb 18 dah keluar. And aku paling nantikan grade apa aku dapat untuk Research Project II (6 credit hour) /barai tak barai lah kan kalau tak dapat A/
Well, memang semuaaaaaaa nak A. BS those said taknak A. Hahaha tapi tu lah... aku tak dapat A. And aku tak sedih.
Cop. Tak sedih bukan sebab aku tak layak dapat A... /cuma aku dah bersedih awal/
Macam mana???

Dalam beberapa minggu yang lepas, dalam mimpi, aku dah nampak result aku. Yes kali ni aku nampak grade untuk subjek RP ni sahaja. /mungkin sebab aku asyik fikir kot/ /ye lah...koyak sey kalau tak dapat sv yang membantu dari awal sampai akhir/ Opps, aku tak cakap aku punya sv, itu perumpamaan sahaja. Sebab kadang-kadang student dapat sv yang hanya melakukan tugas sv bila sampai part result, softbound, hardbound. PFFT. Tapi tak semua sv macam tu, okay? Certain je.

Okay. So after dapat mimpi macam tu, minggu tu memang aku mental down... ye lah, 6 credit hour tapi tak dapat A. Kau tak gila? Lain la kalau pointer tu rataaaa je hahaha
Kira aku dah prepare, jika betul mimpi tu benar, terima seadanya. Sebab ni kali kedua (yang aku ingatlah). So tadi dapat notification email, Result. Sedikit berdebar. Bismillah. Pup. Keluar lah tiga subjek yang aku ambil sem lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah... yang no 3 tu aku macam hmm okay (lupa nak ckp alhamdulillah masa tu). Terus panggil ibu, 

'Ibu, result dah keluar'
'Oh, macam mana?'
'Okay, cuma yang 6 credit ni... dapat...'
'Ya Allah. Astaghfirullah. Nanti intern ada credit tak?'
'Ada'
'Okay, nanti masa intern buat betul-betul, jaga attitude dengan sv...'
'SV? No. Adik dah takde kaitan dengan sv dah. Eh sv intern ek?'
'Yeeee'

HAHAHAH that is so meeee when talking bout something i don't like... cepat je mencelah.
First time, masa SPM. Minggu sebelum keluar result tu, aku lalui benda yang sama, cuma aku tak nampak grade. Aku cuma dapat aku takkan dapat 5A (aku target 5A), tapi dapat 2A je! hehe so aku dah siap sediakan diri ni. Tawakkal je. Dapat tak dapat belakang cerita. Tak selalu dan jarang sangat aku akan mimpi apa yang aku akan dapat (mostly result), mungkin kali ni aku terlalu fikirkan kot... Allah bagi tahu awal-awal supaya aku tak frust menonggeng?? hehehe

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Takde yang fail. 

Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...