Skip to main content

Berjiran Berbulu

Bismillah.

Sebenaqnya lamaa dah sis nak ceghita kat hampa suma tentang topik ni. Cuma bertangguh,  laa ni baru ada mood nak share sikit. Sikit tak sikit kita tengok la sat lagi lagu mana nah.

Orang kata duduk kampung ni best, harmoni, aman damai. Yes tak dinafikan betul. Tapi bagi aku duk la mana-mana pun kalau pandai bergaul dengan jiran tetangga, confirm element-element tu wujud. Hmmm *mengeluh sat*, aku ingat time belajar je akan ada sistem puak-puak ni aka asabiah. Eh? Sistem berpuak ni lama dah wujud, dari zaman paleolitik lagi... Eh percayalah aku tengah ting tong ni. Gurau ja.

K. Serious. 

Kat sini, kalau kau rajin pergi surau, rewang, baru boleh masuk geng. Tapi kalau kau sekali sekala pi surau, mesti akan jadi bualan orang, lagi-lagi kalau duduk kat kg ni. Kampung korang wallahualam la. Yang aku perasan kt kg ni, gitulah corak permainannya. Kata ja hidup berjiran, tapi pilih bulu gak. Dehek kan? Well that's the norm here.

Kisah lama;

Aku tengah sapu-sapu kat luar rumah, ada jiran selang dua buah rumah ni, makcik ni, naik basikal... aku rasa jelas kot 'assalamualaikum' yang aku suarakan, tapi seperti angin sepoi-sepoi bahasa, dia dengan tak pandang aku....aku je pandang dia macam orang kenamaan tengah jalan kat depan. Korang kat tempat aku lepas kejadian tu, nak tegur lagi ke? Bukan soal ego, tapi entahlaaa aku terasa. Dulu, masa kg ni hutan lagi aku selalu je tegur wak yang selalu naik basikal. Relaks je wak tu reply, 'yoo'
Kau mengata famiy aku? Terima kasih. Banyak pahala mengalir.

Back to nowadays;

Kadang tu aku rasa rindu dengan suasana Kg aku ni yang lama... yang masih dalam hutan lagi. Biawak pun besar-besar lagi. hahahaha jalan nak gi rumah atok aku pun berlecak lagi, guna papan je. Sekarang dah bertar. Sumpah rindu. Tapi tu 20 tahun lepas. 

Cuma nak pesan, kalau hidup berjiran, biar betul caranya. Janganlah mengata sana sini. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Haa lebih kurang gitulah.. takkan lah aku nak canang satu kampung adik aku belajar mana, parents aku kerja mana, balik kul bapa... right?
Nak menyindir...aku ada usik pasu bunga hang ka? Tak kan? So? Get a life makcik. 
Nak kata saya tak bertegur, saya rasa dengan makcik sorang ja kot?  Jiran sebelah saya, saya tegur je

Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...