Skip to main content

Berbakti pada dia

Bismillah

Alhamdulillah harini dah 8 September 2017. Birthday atok yang ke .... jap kira, 2017 tolak 1945 = ???

kira lah sendiri hahaha
Harini jugak genap 4 tahun arwah wan meninggal.
Hmm tak banyak nak taip sebenarnya sebab minda sekarang pun 60% emosi kawal ni. Ha teremosi kat laman sesawang ni bahaya!
AMARAN KERAS! BAHAYA! :D

Harini, malam ni, nak share sikit apa yang perlu dilakukan oleh kita yang muda-muda ni kepada mereka yang dah lanjut usia. 
Bagi aku, the most important key bila kita duduk tinggal sebumbung dengan orang tua adalah sabar. Yes, sabar. Kerana apa? Orang tua ni hati mereka kita susah nak jangka tau. Eh ni bagi aku la, kalau korang rasa senang, I would like to say congratulation, sebab sepanjang 23 tahun aku hidup, perkara paling susah aku nak deal selain diri sendiri adalah hati seorang tua. Tak kira dia tu ayah atau ibu, hati diorang ni kental tau, kau dah sakitkan macam mana pun hati diorang, kau dah remukkan bagai lori langgar semut. Eh? hahaha kidding. Aku taknak serious-serious malam ni dan aku taknak sedih-sedih malam ni.
So, hati diorang ni macam, haa kau hancurkan laa macam mana pun, there they are, standing in the eyes of the world. Gagah dan tabah untuk the next day, air mata dok sah kata laa kan, belakang anak-anak depa nangis ada kita ambil peduli? Wallahualam.

Jadinya, bila kita yang makin meninggkat dewasa ni, we should take a moment to think, apa akan jadi pada aku bila aku berusia 70-an nanti, siapa nak jaga aku, siapa nak layan sakit demam aku etc. Perkara-perkara ni lah yang sering bermain di kotak fikiran sepanjang aku duduk dengan atok. Dulu masa zaman sekolah rendah, atok dengan wan la yang jaga kami time parents kerja 7am-7pm. Diorang la yang tempuh hujan panas nak ambil kami dari sekolah. Kadang aku terpaku. Apa laaa nasib aku nanti.
Dulu masa arwah wan ada, sempat lah berbakti sikit cuma masa tokwan meninggal aku kat Ipoh dan tak sempat pun balik. Aku sampai-sampai, tokwan dah dikebumikan. Sedih tu jangan kata la kan... tak terkata, rasa macam nak terjun dari puncak gunung everest tu.
Alhamdulillah hari berganti hari, aku makin pulih, aku terima semua tu.

Yes, memang betul sangat bila kita dengar atau baca kat mana-mana, 'jasa mereka tak boleh dibayar', yup that is correct. Sebab tu, pesan seorang pakcik ni pada aku, selagi diorang hidup berbakti secukupnya. Allahu korang, jangan sesekali mengeluh bila diorang datang dekat kita sambil pegang minyak panas, dengan nada penuh lemah lembut berkata, 'boleh tolong picit?' 
guys, y'all, tak kira korang tengah buat apa pun masa tu, stop sekejap, tolong picit. That is the least we can do for them. 
Perkara-perkara remeh macam ni bagi kita remeh, tapi dari segi pandangan mereka, mereka rasa dihargai. Sangat.
Mereka duk ulang-ulang kisah yang sama masa kita teman dia masak atau duduk saja.... dengar je, dengar seperti kau tak pernah dengar lagi kisah tu. Jangan sesekali bilang, 'eh dah cerita kan dulu'
No guys, NO. 

Cuma nak pesan, jangan menyesal bila dah tiada nanti. Sementara ada, belajar dengan mereka. Lihat dari sudut hati kita, fikir yang positif, terima dengan terbuka. Semua ni lumrah hidup. 

Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Hidup sebelum Mati

Padiaaaa lagi dua aku tak ingat.

Adios.

Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...