Skip to main content

How is my degree life now

Bismillah.

Sedar tak sedar dah semester akhir kat MSU ni. And currently, I am doing FYP like people who waste their money on something they shouldn't buy. But my mentor said to me NO. It is not a waste. It is your findings. Aku lepas dengar my beloved mentor said that half of my negativity go away...sejauh yang boleh. Alhamdulillah. I wish I approached her earlier so that I won't live in a misery hoho. Thank you Dr. Zaf. May Allah bless you always xoxo 

So let me tell what is my project about... and my opinion.

Aku buat study to see the interaction between herbal coffee dgn DNA methylation. Either the CpG site will be methylated or unmethylated. K, tu je. Tak leh lebih-lebih. And for an undergraduate student like me to do this, SV should play his part. Jangan salah faham di sini. Yes, my SV help me a lot with this research thingy. But he should do more hahahahaha like dah tahu nak buat methylation thingy ni, by right sekarang ni we should have the major findings bih. Not baru nak tunggu barang sampai. ah shiyt! Is it too much to ask?

Mungkin ada yang tertanya, why I choose him at the first place. Okay. Minat aku masa tu more to biology/biochemistry, so i was like why not kan. Then, gedebang gedebung I never expected this shiyt will happen. NEVER bih. Aku sampai tahap tak boleh nampak jalan keluar, sampai salahkan diri sendiri level Allah je tahu...sampai satu hari tu aku rasa silap hari bulan, mental ni boleh sakit hehehe 
Sebab aku seorang yang bila dah plan, I have to follow it. Even ada slight changes pun, give me reason. So like now, I dont know why this happen and I put the blame on myself. Tipulah kata tak sedih...dalam diam kadang-kadang aku give up dah. Things that should be fun for me but vice versa.

This is my degree life right now. Semalam seperti terjawab segala persoalan hidup bila lagu Maher Zain keluar kat Ikim.fm

'And He knows what's deep in our hearts
So when you lose your way
To Allah you should turn
Cause as He promised
He will always be there'

'Allah will always be there'
Lebih kurang begitu lirik dia... terjawab segalanya. Aku dah jauh tersasar sebenarnya. The best way to purify your heart is by remembering Allah.

Yes, ada niat nak sambung master. But I am done with molecular biology bih. Maybe I want to do under Dr. Juju or Dr. Nen. *psst, Dr. Zaf okay jugak hahaha

This is just a.....plan. Panjang umur, murah rezeki then I will do it. 

Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...