Skip to main content

Gambar Lama Segar di Hati

Alhamdulillah selesai buat kuih Mama Carry, ala yang bentuk love lepas tu atas kuih tu letak macam krim tapi putih telur lepas tu hias dengan coklat... ha kau! kuih tu dah lama tak buat, i mean sekarang ni bukan main payah nak jumpa orang jual kuih tu...
well, aku biasalah kan... tangan kanan, i mean kelima lima jari tangan kanan ni tak lah senormal jari seperti insan lain, so kalau ibu buat 30 minit, aku buat 1 jam.. hehe, alhamdulillah nikmat tangan <3
oh ok, back to our story, hari ni aku rindu sangat kat netbook aku, almaklumlah, hadiah daripada ibu dan abah after PMR... dah lama tak sentuh, so, berhabuklah dia... bukan setakat berhabuk, keypad dia pun dah keras... aku kena tengok satu-satu huruf yang aku nak tekan, *takut typo :D
nak tahu netbook tu cam ne, google lah sebentar ya. taip je netbook HP... hah, terpampang semua jenis netbook HP :)
Alang-alang dah buka, apa lagi aku selongkar lah gambar lama yang ada dalam netbook ni... gambar dalam pendrive kingston hitam aku yang dah rosak tu banyak jugak, tapi jangan kata nak tengok, nak buka pun payah sebab dah rosak... hehe

okay, ni antara gambar lama yang aku maksudkan...


ni peringkat mssd.. hoh lega beb dah selesai :D


my little little brother.. he's now at yemen. may Allah bless him <3


ha, yang tengah-tengah tu papa din :)
yang pakai topi uh >.<


masa jamuan.. XD


okay u olls, waktu pun dah nak masuk maghrib, chau teko chau sekarang k :)

ASSALAMUALAIKUM



Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...