Skip to main content

Situasi

alhamdulillah tahun 2015 ni aku 21 dah... Ya Rahman cepat saja masa berlalu. Seperti semalam aku baru baligh. hahahaha :p
baiklah sambil-sambil tengok gambar lama and telinga disumbangkan dengan lagu BSB (backstreet boys)

lagu apa??!

-> climbing the walls
-> show me the meaning of being lonely
-> don't want to lose you now

setakat ni tiga lagu ni saja yang ada dalam phone aku :)

tiba-tiba sampai satu lyric ni..aku teringat balik semua yang telah pergi ...semua memori yang aku simpan terbuka kembali kuncinya.
hmm... yuk istighfar. ni setan punya kerja suka tengok kita sedih. hahaha

okay actually entry kali ni is about SITUASI. right?

kebetulan sekarang semester enam aku attach kat klinik kesihatan Macalister.
dekat sini aku kerja dalam bayangan. why i said so?
sebab dulu selalu bawa arwah wan pergi klinik, ambil ubat and so on.
kau tahu sakit tak .. kau dapat rasa tak sakit yang aku tanggung bila kerja dalam bayangan... setiap kali tengok patient especially yang berkerusi roda, aku teringat macam mana dulu zaman jiwa remaja aku agak memberontak sebab tak suka pergi jalan sesak, klinik ramai orang and segala bagai yang berkaitan sesak..aku tak suka. tapi demi ibu and tugas cucu, aku pergi juga ke klinik ambil ubat.
yeah memang kelihatan seperti 'tah pape la aiman ni.. pergi klinik je pun'
yeah aku akui ..tapi itu dulu.
aku berharap sangat jika sekarang perkara sama diulangi.. aku suka pergi klinik bawa wan.. aku dah tak kisah dah dengan sesak T_T
tapi itu dulu.... i have to face the fact that time cannot be reversed . *amek kau speaking*

ada satu ketika aku pernah berada dalam situasi patient.
depa tanya kenapa tak boleh bagi untuk tiga bulan and so on.. fight la sampai ke sudah.. ye lah kan senang.. nanti tak yah datang ambil ubat lagi.

and

sekarang aku berada di situasi opposite dari situasi di atas. faham tak apa yang aku cuba sampaikan?
sekarang aku berada di tempat dimana patient bertanya kenapa tak boleh, why that why this.

indahnya.

ya rabbi... sungguh aku rindu pada tokwan.
masih bersisa lagi air mata ini.

situasi kehilangan tokwan ini mengajar aku lebih mendalam tentang mati.
correct me if i am wrong.. selagi seseorang itu tidak merasa kehilangan yang tersayang, mereka tidak akan benar benar mengerti what is life.. what is kehilangan ..

dari hari ke hari aku rasa tak sabar untuk bertemu kembali dengan mereka di sana.

jadi, ayuh marilah kita berebut buat pahala, laksanakan perintah Allah dan tinggalkan apa yang haram.

Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...