Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Never had

Seperti biasa, aku susah untuk lelapkan mata. Tapi malam ni fikiran aku melayang teringat akan arwah wan. Sambil melayan lagu listen to your heart. Terimbau kembali kali terakhir aku lihat tokwan sebelum pulang ke Ipoh. Siapa sangka itu kali terakhir aku lihat tokwan... Ya, aku lemah sekarang kerana aku terlalu rindu ... terlalu rindu Aku tak sempat balik Aku tak sempat tatap tokwan Aku tak sempat solat jenazah tokwan Segalanya aku tak sempat... Sakit disini bagai ditikam .. Sakit sekali I never know that I will never had a chance to see you for the last time

Persis dirimu sahabat

Bismillah Sambil-sambil layan lagu Aiman Tino - Permata Cinta, aku pun amek mood tulis blog. Lama sangat aihh tak update. Harini kelas Community Empowerment in Health, asalnya 11 am tapi tukar 9 am. Ha tak gelabah kau. Dah laa bangun lambat! Meeting harini discuss tentang field trip dalam kota since luar kota terpaksa dibatalkan sebab beberapa kesulitan. As a conclusion, seperti biasa kena buat presentation. Masa nak lintas jalan, aku ternampak seseorang persis sahabat aku, Amalina Sofea. Aku terdiam sekejap. Pintu hati ni diketuk kuat. Rindu mungkin. Sepanjang perjalanan pulang ke kosan, segala memori dengan dia ligat berputar dalam minda. Tak kira dimana, pasti akan aku terjumpa seseorang yang mirip wajah yang aku rindu. Kusangka semakin jauh kupergi, sedikit sebanyak dapat untuk balut luka hati... Tapi aku lupa bahawasanya Allah adalah sebaik-baik perancang. Sungguh aku rindu. Jika dia sedang membaca entry ini, aku hanya meluahkan melalui tulisan. Aku tak pernah lupa...

Nak makan mana?

Okay alhamdulillah masih bersemangat lagi aku nak menaip! Heheheh So, hari ni nak cerita tentang makan. I mean topik makan ni besar, as for now aku hanya boleh create ni based on pengalaman aku sendiri. So aku tak ciplak mana-mana yea , harap maklum. Everything about my life is REAL . Melainkan aku reka. Hahahaha Okay jom start. Kisahnya macam dialog atas tu. Mesti selalu terjadi kat korang kan? Lagi-lagi bila dalam group tu semuanya perempuan. Ha kau lagi pening kepala dok pikiaq nak makan mana... kadang tu setengah jam pun tak settle bila masing-masing duk tarik tali dengan jawapan, 'Aku tak kisah' hahaha Don't worry sebab aku pun pernah menjadi salah seorang yang sebegitu... Teringat aku dari semester satu lagi, setiap kali habis kelas pukul 11am or 12pm, kiteorang akan pergi makan. So bila masing-masing nak pergi makan tapi tak tahu nak gi kedai mana, hah kadang tu sampai 'osom', siapa yang menang dia decide. Macam haritu, Jerry menang then he decided...

Little do you know

ahhh lega rasanya bila semester break muncul setelah menghadapi Semester 2 yang gila mencabar sebab aku banyak kali hilang fokus. So here I am nak share story. Bismillah Assalamualaikum Minggu pertama cuti aku agak tidak produktif sebab asyik tidoooooo bangun pukul 10-11 am. Hah nampak sangat balas dendam dia. Tapi boring jugaklah asyik rutin yang sama je duk ulang hari-hari. So I decided nak sambung menulis, try komik, and belajar lagi selok-belok bisnes since I wanna be an entrepreneur :p eh tak salah kan berangan :p Tajuk entry? Oh saja letak Little Do You Know sebab aku tengah dengar lagu tu. Best! Try lah youtube. Nice lyrics. 17 Julai nanti aku join 5km Fun Run Team Malaysia. Lai lah sapa yang free. Itu je lah kot nak menaip harini, takde idea sangat.... SELAMAT BERBUKA

Food Festival at Tapak Bazarena, Seksyen 13 Shah Alam

Bismillah Assalamualaikum. whooopppsss! Panas sungguh sekarang ni. Suhu luar biasa. So, jangan banyak sangat aktiviti luar ye semua, nanti tak pasal-pasal admit ke hospital. Sapa susah, awak jugakkk :p So nak dijadikan cerita, Dania bagi tahu yang weekend ni ada FOOD FESTIVAL  kat area stadium. Me as usual, metabolism tinggi.. hehehe dengar je bab makan, laju je So, we make an appointment where we will go together to the food festival around 10 am. Since our schedule padat giler nak mam...sabtu ahad laa satu-satunya peluang kami nak tido waktu pagi. hahaha So, terlajak tidur sampai 9.30 am... bangun-bangun terus siap *i dah mandi subuh tadi okeyhhh* So kami sampai kat festival tu around 11 am jugak laa.. Mungkin sebab hari first, and maybe 'awal' lagi kot kami sampai.. tak semua kedai buka and ready lagi. So kami jalan-jalan, pusing-pusing tengok apa yang menarik. Panas jangan cakap la kan... Malaysia kot bukannya Kutub Utara! hehehe :) First thing that we buy is MANG...

Why do I love Raymond Reddington (The Blacklist)

Bismillah Assalamualaikum This late night entry is about the reason why I love Raymond 'Red' Reddington. This character played by James Spader, the most talented actor ..for me <3 I love Alan Shore in The Practice (season 8) and also in Boston Legal. Okay lets continue the main reason why I post this entry..at 12:09 AM His connection with Lizzy, make me feel so curious to know more and more.. there are like thousands of question appear each time Red did something for his girl or princess or sweetheart ..hehehe  <3 I love Raymond because I found he is so attractive, you know, his suits, fedoras, sun glasses...everything he wears and every quotes that came out from him...I just love that. Cannot help it..you know , when you fall in love with someone, everything look so nice :) Maybe this is the reason why we said LOVE IS BLIND . I guess :) Next reason is the way he treated Liz... I don't know what is the perfect word to describe it but I found mys...

SPM bukan chapter terakhir

Bismillah Assalamualaikum Harini terasa nak kongsi cerita tentang SPM *aku pun dah lupa full name SPM apa* hehehe To be honest, aku takda feel pun nak ingat balik kisah SPM ni sebab aku tak punya result yang cemerlang nak kongsi.. kan menjadi kebiasaan pelajar-pelajar yang dapat result cemerlang akan kongsi tips and pengalaman ..BUT not for me. Sebab aku SPM dapat 1A+ (Bahasa Malaysia), 1A (Matematik), then berturut B+, C+, C dan D :) Apa orang nak expect daripada result ni kan... untuk diri sendiri, tipulah kata tak kecewa sebab aku target 5A. At last dapat 2A ...jadi dekat sini lah what people say, permulaan untuk cabaran yang akan datang. Okay meh kita start cerita :) Seingat aku, perkara pertama aku buat lepas dapat result ni ::REDHA:: ucaplah alhamdulillah...lagi satu minggu-minggu sebelum result keluar, aku dapat instict yang aku tak dapat apa yang aku nak..aku mimpi aku dapat 2A. Sejak daripada tu, aku terima seadanya. Get ready awal-awal. Aku terbaca satu ungkapan ni...

DIRECTION (2)

Kisah antara tiga orang kawan yang masing-masing memang jenis masuk air. Jenis yang boleh bergurau tanpa mudah terasa hati. Itulah dikatakan 'crime in scene' partner. Mashi, Afiq dan Iman. Dua teruna dan seorang dara.  Memang musim panas sekarang ini, berpeluh-peluh Iman berjalan menuju ke library MSU seusai lunch bersama kawan-kawannya. Makan bersama kemudian terpisah kerana Iman telah berjanji dengan kawan lamanya untuk keluar selepas solat Jumaat. Manakala, Ayu, Haha, Dania, dan Gaiyathre sudah merancang untuk menonton Deadpool di pawagam berdekatan. 'Okay Iman, jumpa next week!' 'Bye Iman, take care' 'Ala Iman tak join ke?' 'Take care Man' Itulah antara pesanan ringkas daripada mereka. Iman hanya mampu tersenyum, tergelak bukan terkentut kerana jika boleh kedua-dua belah pihak Iman mahu join. Tapi apakan daya, janji kena patuhi kerana disitu terciptanya kepercayaan. Orang putih panggil TRUST. Sementara menunggu solat Jum...

Late Comeback

Bismillah. Assalamualaikum. pheww... lama tak menulis blog, so kebetulan sekarang is semester break, and why not i write something kann :) untuk entry kali ni, hanya warm up untuk jari-jari aku yang comel penuh dengan adipose tissue ni ^^ kita warm up dulu, kasi ingat balik kedudukan huruf atas keyboard ni, so senang nak menaip tanpa melihat keyboard. People do said that "Practice make Perfect' haa tak gitu ? betul kan ? practice make perfect, cuma takde lah perfect 100% ...sempurna itu sangat subjektif :) okaylah as the entry 'Late Comeback' , yeah, seriously memang late...dah berapa lama aku tak menulis blog, niat ada tapi tak terlaksana sebab sibuk ya amat! what else ek... hmmm right now is semester break, so lagi 7 hari aku akan daftar masuk balik as MSU student under kos BBM di bawah fakulti FHLS bagi semester 2. hahah amacam description aku? berterabur?  who care :p in shaa Allah after this, akan kembali menulis tentang naskah Direction, dan juga tr...