Skip to main content

SPM bukan chapter terakhir

Bismillah
Assalamualaikum

Harini terasa nak kongsi cerita tentang SPM *aku pun dah lupa full name SPM apa* hehehe
To be honest, aku takda feel pun nak ingat balik kisah SPM ni sebab aku tak punya result yang cemerlang nak kongsi.. kan menjadi kebiasaan pelajar-pelajar yang dapat result cemerlang akan kongsi tips and pengalaman ..BUT not for me. Sebab aku SPM dapat 1A+ (Bahasa Malaysia), 1A (Matematik), then berturut B+, C+, C dan D :)
Apa orang nak expect daripada result ni kan... untuk diri sendiri, tipulah kata tak kecewa sebab aku target 5A. At last dapat 2A ...jadi dekat sini lah what people say, permulaan untuk cabaran yang akan datang. Okay meh kita start cerita :)

Seingat aku, perkara pertama aku buat lepas dapat result ni

::REDHA::
ucaplah alhamdulillah...lagi satu minggu-minggu sebelum result keluar, aku dapat instict yang aku tak dapat apa yang aku nak..aku mimpi aku dapat 2A. Sejak daripada tu, aku terima seadanya. Get ready awal-awal.
Aku terbaca satu ungkapan ni 'kita berdoa bersungguh-sungguh, kita solat hajat..hanya untuk score exam. Bila kita nak sesuatu tu sangat-sangat, baru kita merayu, menangis minta pada Allah. Bagaimana dengan dosa kita sebelum ni... Sebenarnya apa yang kita nak dalam hidup ni'

aku ubah sikit ayat atas tu. oh don't worry, bukan kau sorang je yang tergamam, aku bila baca pun baru terfikir 'ha ah laa..apa aku buat selama ni..adakah aku hidup untuk score exam sahaja?'
Jadi sejak haritu aku ubah niat aku jalani kehidupan ini..

::MINTA MAAF::
aku tahu parents aku letak expectation yang tinggi... tapi aku gagal capai expectation itu. Kat situ aku rasa GAGAL yang teramat sangat. Lagi-lagi bila melibatkan orang tua aku. Terasa bagai 'this is the end of my world'

SPM bukan chapter terakhir kawan-kawan...
Bangkitlah daripada kesedihan, kekecewaan sebab banyak lagi nikmat dan rezeki Allah yang kita tak nampak, yang masih samar-samar...

Dan aku tak nafikan, daripada sini jugak kau boleh nampak siapa yang jujur berkawan dengan kau. That is all I can say.

Apa sumber kekuatan aku untuk bangkit?

ALLAH. .. itulah jawapan aku yang pertama.

Jawapan yang kedua adalah parents aku. Untuk seorang anak itu kuat, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan menjadi lebih kuat daripada anak-anak.
Kuat dari segi emosi, perasaan...

Seperti yang aku ucapkan, tak banyak yang boleh aku kongsi sebab SPM bukan chapter terakhir hidup aku.
Alhamdulillah sekarang aku sambung degree in Biomedical Science kat MSU, Shah Alam.
Kita kena belajar terima perkara yang kita tak suka, perkara yang buat kita sakit dalam hidup ini..untuk survive. Believe me, banyak lagi perkara indah yang kita tak nampak. Teruskan berharap pada Allah dalam setiap perkara dan betulkan nawaitu kita. In shaa Allah, ada rezeki kita ;')


Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...