Skip to main content

Food Festival at Tapak Bazarena, Seksyen 13 Shah Alam

Bismillah
Assalamualaikum.

whooopppsss! Panas sungguh sekarang ni. Suhu luar biasa. So, jangan banyak sangat aktiviti luar ye semua, nanti tak pasal-pasal admit ke hospital. Sapa susah, awak jugakkk :p
So nak dijadikan cerita, Dania bagi tahu yang weekend ni ada FOOD FESTIVAL kat area stadium. Me as usual, metabolism tinggi.. hehehe dengar je bab makan, laju je
So, we make an appointment where we will go together to the food festival around 10 am.
Since our schedule padat giler nak mam...sabtu ahad laa satu-satunya peluang kami nak tido waktu pagi. hahaha So, terlajak tidur sampai 9.30 am... bangun-bangun terus siap *i dah mandi subuh tadi okeyhhh*

So kami sampai kat festival tu around 11 am jugak laa.. Mungkin sebab hari first, and maybe 'awal' lagi kot kami sampai.. tak semua kedai buka and ready lagi. So kami jalan-jalan, pusing-pusing tengok apa yang menarik. Panas jangan cakap la kan... Malaysia kot bukannya Kutub Utara! hehehe :)

First thing that we buy is MANGO JUICE . Uisshhh SEDAP TAK TIPU!
Then aku saja testing satu makanan ni.. sedap pulak.. so beli la.. bila dah order tu baru tahu benda tu adalah ITIK! In English we called it duck. It is a Duck Burger! Harga standard lah.. RM 15 (Burger full with filling plus cheese plus orange and french fries)

Next, i bought a DONUT ICE CREAM! Serious cakap sedap wey. TAK TIPU! SUNGGUH! Panas-panas ni makan donut ice cream memang superb. Tak cukup satu, aku tapau satu :)

Then disebabkan Mango Juice dah habis, aku beli Milk Tea at GELAIHH stall. Only RM 5! Dapat cawan gedabak besar tu.. memang awesome!
Sate kambing pun okay jugak.. Not bad la. RM 7 ... For those yang cinta pada sate kambing, bole try :)

Disebabkan panas ya amat, we decided to go back.. Tak tahan cheq oii.. Panaih lit lit! Bagaikan cheese meleleh dah . HAHAHAHA







Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...