Skip to main content

DIRECTION (2)

Kisah antara tiga orang kawan yang masing-masing memang jenis masuk air. Jenis yang boleh bergurau tanpa mudah terasa hati. Itulah dikatakan 'crime in scene' partner. Mashi, Afiq dan Iman. Dua teruna dan seorang dara. 

Memang musim panas sekarang ini, berpeluh-peluh Iman berjalan menuju ke library MSU seusai lunch bersama kawan-kawannya. Makan bersama kemudian terpisah kerana Iman telah berjanji dengan kawan lamanya untuk keluar selepas solat Jumaat. Manakala, Ayu, Haha, Dania, dan Gaiyathre sudah merancang untuk menonton Deadpool di pawagam berdekatan.

'Okay Iman, jumpa next week!'
'Bye Iman, take care'
'Ala Iman tak join ke?'
'Take care Man'

Itulah antara pesanan ringkas daripada mereka. Iman hanya mampu tersenyum, tergelak bukan terkentut kerana jika boleh kedua-dua belah pihak Iman mahu join. Tapi apakan daya, janji kena patuhi kerana disitu terciptanya kepercayaan. Orang putih panggil TRUST.

Sementara menunggu solat Jumaat selesai, Iman mengulangkaji subjek Organic Chemistry sempena peperiksaan akhir yang akan tiba kurang daripada seminggu. Lima minit Iman berjaya lepasi untuk menghadam topic Lipid. 7 minit... 8 minit... 9 minit... setiap satu minit yang berlalu, makin berat kelopak matanya. Tanpa sedar Iman terlelap selama 30 minit ditemani suasana sunyi dan dingin library. Seperti dapat merasa cecair panas akan mengalir keluar daripada mulutnya, Iman tersedar lalu meraba handphone untuk melihat jam. 'OMG' itulah perkataan yang terkeluar daripada mulut Iman. Fikirannya hanya ada Afiq dan Mashi. Iman bermonolog sambil mengemas buku, menuruni tangga sehinggalah bertemu Afiq di hadapan masjid MSU.

'Habislah aku'
'Haishh macam mana boleh tak set alarm'
'Aduhhhh lambat 30 minit ni'
'Kesian Mashi'

Sambil menuruni tangga, ligat jari jemari Iman menaip whatsapp mesej kepada Afiq.

'Fiq, ada mana? wey aku terlelap!!! huhuhu'

buzz buzz, bunyi mesej masuk

'kat depan masjid. Kau kat mana?'

Kebetulan sewaktu menerima mesej tersebut, Iman sudah berada di foyer. Ligat matanya mencari kelibat Afiq tapi tidak ketemu.

'aku kat depan masjid gak. Mana kau? Tak nampak huhu' 

Sambil menaip sambil berjalan sambil mata meninjau kawasan sekeliling. Tiga kerja dalam satu masa. Dasyat. Tidak sampai lima minit Iman sudah nampak kelibat Afiq sedang duduk sambil meneguk. Yelah, panas-panas begini memang bagus dan perlu banyak meneguk air.

'Afiq!'
'Uiih'
'Wey sorry lah aku terlelap. Jom ambil Mashi. Mesti lama dia tunggu'
'Takpe, aku dah whatsapp dia'
'Thanks fiq'

Perjalanan daripada MSU ke seksyen 7 hanya mengambil masa selama 5-15 minit. Akibat kereta yang banyak kesan daripada kaum hawa yang baru selesai shopping dan kaum adam yang baru selesai solat jumaat, mereka tiba di rumah Mashi 2.50 pm. 15 minit masa diambil untuk sampai ke rumah Mashi.

Selepas mengambil Mashi, Iman mengajukan soalan kepada dua orang boyguard dia untuk harini. Digelar boyguard kerana Iman seorang sahaja princess.

'haa korang tahu jalan kan.. sila tunjuk yer'
'haa Mashi, co-pilot', jawab Afiq
'kohaja patutlah kau tak nak duduk depan. Siot Fiq', balas Mashi
'Okay okay kita sama-sama cari jalan. Bismillah. Harap tak terlepas ke KL. Ni first time aku drive ke Sunway', gelak Iman dituruti Mashi dan Afiq.

Maka perjalanan mereka pun bermula. 

Elok sahaja melepasi UITM, Iman keliru sama ada simpang yang ini atau lagi satu untuk keluar ke Federal Highway. 

'eh simpang ni ke.. ke depan lagi.. eh alaaaamakk terlepas!'

Sewaktu teragak-agak sambil memikirkan jalan yang betul, mereka terlepas simpang. Iman mula panik dan terlupa peta shah alam. Data internet mereka bertiga dengan secara tiba-tiba lost connection la buffering la loading la. Dengan penuh keyakinan mereka tekad untuk follow signboard sahaja. 

'Man, lepas traffic light ni u-turn', Afiq beri arahan.
'oohh. Boleh ke?'
'Boleh'
'Yeke?', Iman dengan nada tidak konfidennya
'Cubalah', kata Mashi
'Tak nampak orang buat pun', Iman masih ragu-ragu
'Tapi simpang kiri ni pun boleh masuk', Afiq beri tunjuk arah yang lain pula
'haa?' kali ini Iman betul-betul gelabah

Kereta mereka hampir melepasi traffic light. Dengan pantas Iman membuat keputusan untuk mengambil jalan simpang kiri, lalu dia memetik signal supaya kereta di belakangnya tahu arah tuju mereka.

'Fuhh. Okay sekarang tembus mana?'

Iman mengajukan soalan kerana dia sudah betul-betul lost akibat gagal mengawal panik. Memang kelemahan Iman sewaktu memandu, apabila dia panik dan gelabah, dia akan lupa peta kawasan tersebut. 

'Nanti depan ada roundabout, ambil 12, tembus UITM balik', ujar Afiq
'ohh okay'
'Rasanya lah', balas Afiq
'haaa Fiqqq!', Iman betul-betul lost dan takut tetapi dalam masa yang sama tergelak.
'Takpe kita tengok signboard', Afiq masih lagi tenang
'Afiq ni memang la', Mashi bersuara
'Tak, aku konfius sebab lama tak lalu sini. Man, ambil kiri ni man. Signboard kata kiri'
'Confirm?', kereta mereka berhenti seketika di simpang bulatan itu walaupun tiada kereta di belakang mereka

Dengan rela dan redha, Iman ambil simpang kiri di bulatan tersebut dan mula untuk bertenang.

'ni nanti tembus mana?'
'tembus UITM', jawab Mashi dan Afiq serentak
'ohh okay okay. Kita kat mana ek?'
Sebelum menjawab soalan, Mashi dan Afiq tergelak.
'kat Shah Alam man', ujar Mashi
'relaks man relaks', nasihat Afiq
'hahaha okay okay. Ada bulatan depan tu ambil mana?'
'ambil 12 boleh 3 pun boleh' jawab Afiq
'Fiqqq! Mana satu???', Iman kembali gelabah
'Tengok tu. Kau ni Fiq, mana satu ni', Mashi bertanya bagi pihak Iman sambil tergelak
'Man Man, kita ambil jalan ke MSU balik, okay?' 

Iman menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum kembali fokus. Sampai sahaja di bulatan yang ketiga, Iman seperti terpinga-pinga, tertanya-tanya kerana jalan tersebut seperti kebiasaan baginya tapi dia tak mampu recall.

'macam pernah lalu la jalan ni', ujar Iman
'yelah ni kan jalan nak ke MSU', jawab Afiq
'ek?', tanya Iman sambil cuba mengingati
'kalau no 12, kita ke MSU. Kalau no 3, kita masuk federal highway. haa sekarang kita ambil no 3', jelas Afiq
'ha'ah. Ingat-ingat. Adoi lawak la. Kita kat mana ek?, berdekah Iman dengan gelagat dirinya
'Man kita kat Shah Alam Man', gelak Mashi sambil menjawab soalan Iman
'Oh okay-okay', Iman sudah seperti mengidap Alzheimer.

Selang 10 minit, mereka bertiga berjaya masuk ke Federal Highway dan menuju ke Subang.

'Ish, tak boleh terima kita sesat kat Shah Alam', Mashi memulakan perbualan.

Iman dan Afiq hanya mampu gelak kerana mereka pun tidak menyangka boleh sesat dalam Shah Alam.



Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...