Skip to main content

Nak makan mana?



Okay alhamdulillah masih bersemangat lagi aku nak menaip! Heheheh
So, hari ni nak cerita tentang makan. I mean topik makan ni besar, as for now aku hanya boleh create ni based on pengalaman aku sendiri. So aku tak ciplak mana-mana yea, harap maklum. Everything about my life is REAL. Melainkan aku reka. Hahahaha
Okay jom start.

Kisahnya macam dialog atas tu. Mesti selalu terjadi kat korang kan? Lagi-lagi bila dalam group tu semuanya perempuan. Ha kau lagi pening kepala dok pikiaq nak makan mana... kadang tu setengah jam pun tak settle bila masing-masing duk tarik tali dengan jawapan, 'Aku tak kisah'
hahaha Don't worry sebab aku pun pernah menjadi salah seorang yang sebegitu...

Teringat aku dari semester satu lagi, setiap kali habis kelas pukul 11am or 12pm, kiteorang akan pergi makan. So bila masing-masing nak pergi makan tapi tak tahu nak gi kedai mana, hah kadang tu sampai 'osom', siapa yang menang dia decide. Macam haritu, Jerry menang then he decided nak makan burger king. Then aku be like 'alaaa' hahahaha Reason? Sebab aku nak makan nasi.

Kisah lain pulak, daripada turun tangga/lif sampai lah ke U-Square MSU, still tak tahu nak makan mana walaupun kau tahu kau lapar nasi  ><
Last-last bila tak tahu sangat nak makan mana, kami pi bakery or U-Cafe. Settle.
hahaha

Seriously benda-benda macam ni lah yang akan buat kau gelak sorang-sorang bila tengah stress atau bila tengah duduk sorang-sorang termenung ..kann.. :)

So, NAK MAKAN MANA?

Comments

Popular posts from this blog

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...

Surat untuk Tokwan (bhg 1)

Ke hadapan tokwan yang amat kurindui... Andai masa dibenarkan berputar mengikut kemahuanku, ...pasti sempat kukucup dahimu ...pasti sempat kutatap wajahmu ...pasti sempat kusolatkan jenazahmu ...pasti sempat kulihat liang lahadmu Tapi perancanganku tak tepat, andai saja aku balik jam 5 pagi, pasti sempat segala yang kurancang... Aku lemah Aku cuba positifkan fikiran Aku cuba kuatkan imanku Aku cuba fokuskan diriku padaMu, ya rabb Tokwan, apa khabar? Tokwan sihat? Tokwan tengah buat apa? Aku rindu untuk mengungkapkan ayat-ayat di atas... Aku rindu... Tokwan, setiap kali eman rindu... hanya mampu ungkapkan surah al-fatihah... Selalu saja aku mendengar orang sekelilingku berbicara soal kehilangan, saat itu aku hanya mampu berkata sabarlah teman. Sekali pabila terkena pada diriku... ...baru kusedar bagaimana rasanya kehilangan ...baru kutahu bagaimana rasanya kosong Alhamdulillah hari ni aku masak sup ayam dengan bantuan Amal. ...dan hasilnya Alhamdulillah... T...

DIRECTION (1)

Arah. Petunjuk. Salah satu elemen penting dalam kehidupan berdikari. Katakanlah tidak tahu apa itu arah dan petunjuk, ringankanlah lidah dan buka mulut untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Jadi, untuk menjimatkan minyak, tenaga dan juga masa, bertanyalah orang sekeliling. Mudahkan? Kisahnya bermula begini. Cuaca redup, cahaya matahari tidaklah menyilaukan mata sangat petang itu. Iman berada di rumah maklong kerana toklang dan atok mahu bersua muka untuk menyampaikan hajat orang jauh. Enjin kereta Honda Civic versi 1994 tu baru saja dimatikan sepuluh minit. ‘Man, tolong maklong belikan cili besar, cili padi, telur sepuluh biji…boleh?’ sambil menghulurkan duit kepada Iman. Iman menuju ke arah keretanya. Sambil menghidupkan enjin, Iman ligat berfikir rupa cili besar dan cili padi. Memang menjadi kesilapannya kerana selama ini tidak pernah fokus pada ibu dan atoknya sewaktu berada di pasar. Padan muka. Hah apa gunanya belajar diploma tiga tahun kalau tak tahu mengelat ...