Skip to main content

Posts

Semester Baru

Alhamdulillah tamat sudah semester satu kami di UniKL RCMP. Tak lah sampai enam bulan pun kami berkenalan, tapi ukhuwah yang terjalin umpama seperti sudah setahun lebih kami mengenali antara satu sama lain. Syukur pada-Mu ya Rabb. Malam isnin begitu menenangkan fikiran yang berserabut. Kulihat jam handphone sudah menunjukkan pukul 12.23 pagi. Kak Ika Kedah naik ke bilik kami untuk melayari Mudah.com katanya, hendak mencari HTC yang telah dijual oleh tunangnya iaitu Abang Wan. Hmmm, so sweet ada tunang macam Abang Wan sebab sanggup menjual HTC demi mengumpul wang untuk membelikan I-Pad untuk dihadiahkan kepada Kak Ika Kedah. Selesai membuat nota Basic Pharmacology, aku melihat Liya memasang mp3 ke laptopnya. ‘Liya, kau ada lagu bollywood tak ? Pasang sat’. ‘Eh, ada! Kau nak lagu apa, cakap je, semua aku ada!’ Detik dalam hatiku, awesome lah kau Liya! ‘Ni lagu Koi Mil Gaya… mainkan jap’, pintaku. ‘Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!’ ‘Uit, hang padia? Terkejut aku. Tetiba menjerit!’ sergah Liy...

Bermula Dari Bawah

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Kisah silam masing-masing dimana mereka menjadikan kisah silam mereka sebagai garis panduan pada masa hadapan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Begitu juga aku. Aku mula membina kembali keyakinan diri aku yang telah roboh dek kekecewaan yang berpanjangan dengan keputusan PMR pada tahun 2009. Aku mula merasai aku semakin jauh dengan kawan-kawan yang sudah aku anggap seperti keluarga. Seolah-olah duniaku kelam waktu itu. Aku semakin jauh dengan pencipta-Ku, aku terus hanyut dengan kekecewaan aku, aku lemas dengan keadaan diriku waktu itu. Tahun 2010 dan 2011 merupakan tahun yang mencabar bagiku kerana aku perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, kawan baru, guru baru dan subjek baru. Banyak kenangan pahit dan manis untuk aku kenang dua tahun lepas. Pepatah mengatakan, kehidupan mesti diteruskan. Jadi, dengan penuh keberanian aku telah memecahkan tembok ego aku untuk memulakan hidup baru. Dengan penuh rasa bersalah, aku memoh...

Pendahuluan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :) ok, hari ni just nak bagi pendahuluan untuk blog cinta baru ni... haha Hmm, *sambil mendengar lagu wali band-harga diriku* sini, aku bagi sikit lirik lagu ni okay! '...di dirimu aku ketakutan...' '...kau lah nafasku, kau lah harga diriku...' ok, nak tahu lebih lanjut, search sendiri okay! ^_^   ohh, about this blog, maaf sebab urutan cerita tak mengikut susunan. maksud aku, BERTERABUR ! haha gomen gomen =.=' hah?! gomen tu apa?!! gomen tu maksudnya MAAF that word comes form JAPAN :)   hehe... nanti ada masa, aku akan aturkan balik susunan cerita ok :) kenapa tak susun awal-awal ? sebab i still student yang sedang fokus belajaq :D i update blog bila betul-betul free and waktu idea tengah melimpah-limpah macam air yang kita isi dalam baldi dah penuh, tapi paip nya tak ditutup. okay !! peace!