Skip to main content

Posts

ALKISAH NAK DIJADIKAN KISAH =D

nak dijadikan cerita... tengah panas2 almaklumlah baru balik kedai beli ikan... aku pun kehausan. Dengan nada manja dan simpatinya, aku pun cakap kat ibu... "ibu...." "ha, nak apa?" "buatkan air sejuk boleh?" "buatlah sendiri, ibu nak masak" hahahahaha gelak besar aku dibuatnya malas punya anak dara, kata tak sabar nak kahwin... ni buat air sendiri pun malas ... hihii =D

Misi : TELUK BATIK (PART 1)

Okay bertemu kembali kita dalam BELOOOOOOOOOG AIMAN :D Okay, Assalamualaikum belogers sekalian. *hah kau, bahasa sendiri keluar, habis tunggang langgang ejaan Ceritanya begini, kami dah cadang nak pergi Teluk Batik after exam  *last paper -> BASIC PHARMACOLOGY istighfar lah aku panjang-panjang daripada mencarut sebab aku tak boleh buat, ayat nak sedapkan hati jiwa rraga rotan paya bakau... aku tak tahu aku tulis apa. *dah la, benda dah lepas, aku malas nk remember... lagipun kena repeat paper ni sebab aku FAILED! Perjalanan ambil masa 2 jam 30 minit... Fuhh ! Aimie macam anak angkat michael shumacher mandu kereta hitam yang comel tu ^_^ masing-masing tengah bersiap :)

Misi: MENCARI SURAU DALAM QB, P.PINANG

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, Jom lah layan video kami ni haa. Jadi tak pantun dua kerat aku ? Kisahnya bermula bila kami ni tak solat zohor lagi... Pusing la QB tu, naik turun tangga bergerak tu nak cari tingkat 5 ... kerana apa? Sebab suraunya terletak di tingkat 5 ya! Choi... Fening fening tuihh

Gambar Lama Segar di Hati

Alhamdulillah selesai buat kuih Mama Carry, ala yang bentuk love lepas tu atas kuih tu letak macam krim tapi putih telur lepas tu hias dengan coklat... ha kau! kuih tu dah lama tak buat, i mean sekarang ni bukan main payah nak jumpa orang jual kuih tu... well, aku biasalah kan... tangan kanan, i mean kelima lima jari tangan kanan ni tak lah senormal jari seperti insan lain, so kalau ibu buat 30 minit, aku buat 1 jam.. hehe, alhamdulillah nikmat tangan <3 oh ok, back to our story, hari ni aku rindu sangat kat netbook aku, almaklumlah, hadiah daripada ibu dan abah after PMR... dah lama tak sentuh, so, berhabuklah dia... bukan setakat berhabuk, keypad dia pun dah keras... aku kena tengok satu-satu huruf yang aku nak tekan, *takut typo :D nak tahu netbook tu cam ne, google lah sebentar ya. taip je netbook HP... hah, terpampang semua jenis netbook HP :) Alang-alang dah buka, apa lagi aku selongkar lah gambar lama yang ada dalam netbook ni... gambar dalam pendrive kingston hitam aku y...

First time went to Fun Fair

Berchit-chat dengan faiz semalam. *almaklumlah, lama dah tak sembang dengan dia... >< Tiba-tiba, Faiz ajak keluar pergi fun fair... dia kata dia nak belanja NEA !!! well, aku pun terus setuju tapi dengan syarat Faiz kena datang rumah kami and ambil kami dengan kereta dia :) okay lah... dengan penuh kesabaran, aku dengan sahabatku Liya and Emelin siap sharp 9.30 malam. Tik tok tik tok... ha, begitulah bunyi jam jarum aku dalam drawer. hahaha! tunggu punya tunggu... tengok jam 10.30 malam dah... dengan pantas aku menghantar pesanan ringkas kepada Faiz untuk bertanyakan keberadaan dia...  'Assalamualaikum Faiz. Nanti dah sampai mesej ye...' 'Maaf Wan. Baru nak bertolak dari Taman Cempaka. Lambat sikit sampai. Tunggu lah ye tapi lambat sikit' 'Okay' 15 minit kemudian... 'Assalamualaikum Faiz. Kat mana ? Tahukan rumah Wan mana satu ?' 'Dah sampai... agaknya lah' Dengan lajunya aku meluru ke arah tingkap dan menjeng...

seorang budak perempuan yang comel !

Bismillah... Okay, hari ni something yang tak pernah terlintas di fikiran pun. Cerita bermula macam ni... ======================================================= Selesai menolong atok, cerita CSI Miami Season 9 pun dah habis... dengan pantas kulihat jam dinding yang tersergam indah pada dinding rumah atok. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5 p.m Aku pun memasang hajat untuk pulang ke rumah... yang jaraknya cuma 100 meter. Dekat je ! Seusai menyalam tangan atok dan tok wan, aku pun mulakan langkah... Sepanjang perjalanan itu, aku rasa sungguh bebas waktu cuti ni, tak terikat dengan apa-apa komitmen yang melibatkan kolej :) TIBA-TIBA ... Aku terdengar derapan kaki... tapi ianya lebih kepada bunyi tapak selipar budak-budak yang sedang berlari ke arahku... Terdetik dalam hati,'haish, lain macam je bunyi ni' ... Aku pun menoleh ke belakang... Hah Seorang budak perempuan sedang berlari ke arahku... Aku pun menghentikan langkah. Dia tersenyum kepadaku... Aku menjadi pelik...